Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2026 @ 10:47am

Catat Lebih 60,000 Video Ciptaan Di TikTok, Ammar Haikal Tampil Dengan Debut Single ‘Gila Bayang’

Penyanyi Ammar Haikal bersyukur apabila dia secara rasminya tampil dengan single debut terbaharu berjudul Gila Bayang.

Kata Ammar, sebelum ini dia menerima pelbagai pilihan lagu namun, memilih untuk tampil dengan naskhah hasil sentuhan penyanyi dan komposer, Naim Daniel bersama Adib Hamdi dan Amir Firdaus.

“Akhirnya saya ada lagu solo saya sendiri. Saya cerita sikit macam mana lagu ni boleh terjadi. Sebenarnya saya dengan Abang Naim dan juga Boss Adib, kita orang ada buat pilihan demo yang kita dah dengar. Dalam banyak-banyak lagu, lagu ‘Gila Bayang’ ni juga yang terikat dengan saya.

“Saya tak sangka mixer dia, lagu ni sebagus macam ni. Saya ingatkan lagu ni macam… Iyalah first single, saya tak harap tinggi sangat. Mungkin second single baru nak ‘boom’. Tapi terima kasih kepada XO House dan Abang Naim sebab buat lagu ni sangat bagus. Saya sangat hargai,” katanya.

Ammar berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran single debut terbaharunya itu yang di adakan di XO House, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Mengulas mengenai sambutan hangat Gila Bayang di TikTok pula, anak kepada penyanyi Ameng ini mengakui, pada awalnya dia dan pihak pengurusan hanya berharap lagu itu dapat memperkenalkan identiti muziknya kepada pendengar.

“Macam saya cakap, saya dengan pihak pengurusan tak harap tinggi sangat. Kita cuma nak orang kenal genre saya. Tapi bila saya hantar kandungan pertama dengan lagu tu, alhamdulillah dapat diterima masyarakat.

“Gila Bayang kini digunakan oleh lebih 60,000 video ciptaan pengguna di TikTok. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menggunakan lagu ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ammar mengakui dia banyak dipengaruhi oleh muzik penyanyi antarabangsa seperti, The Weeknd, yang menjadi antara idolanya sejak sekian lama.

“Saya sebenarnya memang minat sangat The Weeknd. Saya ada cakap yang saya nak lagu ala-ala The Weeknd sikit. Jadi kalau tanya, memang saya minat sangat.

“Bagi saya, genre utama saya memang pop. Tapi saya nak cabar diri juga untuk cuba lagu balada, pop-rock dan lain-lain di masa depan. Mungkin untuk single awal-awal ni saya nak orang kenal saya sebagai artis pop,” katanya lagi.

Seperti penyanyi lain, Ammar turut mengakui berdepan cabaran besar sepanjang proses rakaman lagu Gila Bayang.

Akuinya, berperang dengan pembahagian masa diantara pelajaran dan menjadi seorang artis rakaman bukanlah sesuatu yang mudah.

“Cabaran dia lebih kepada masa sebab saya pun masih bergelar pelajar di ASWARA. Kadang-kadang habis kelas saya terus datang pejabat untuk rakam lagu sampai lewat malam. Jadi pembahagian masa tu adalah cabaran paling besar,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Fri, 18 Oct 2019

FS合体蔡恩雨自组「SPF」新组合!打造属于三人的小时光

FS和蔡恩雨合作过数次,这次带来的这首《小时光》是否就代表着他们三位的小时光呢?是还是互相吐槽的友谊呢?

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Prank Buah Hati, Patung Maskot Itu Hanya Sewa Bukan Beli

Baru-baru ini, Zara Zya telah membuat kejutan terhadap kekasihnya itu dengan menyarungkan mascot beruang. Video kejutan itu tular dan sejak daripada itu, ramai yang bertanyakan di mana agaknya Zara mendapatkan patung maskot itu ya?

Trending Tue, 5 Nov 2019

BTS Jungkook Kemalangan, Babitkan Pemandu Teksi

Speedy Recovery Jungkook Oppa!

Hiburan Mon, 7 Jan 2019

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Korang dah dapatkan ke belum? Kalau belum, cepat- cepat beli di www.myticket.asia tau!

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Yuna, Adam Sinclair Bersanding 28 Januari Tahun Depan

Tak sabar melihat majlis persandingan Yuna dan Adam yang bakal diadakan gilang gemilang nanti

Featured Tue, 3 Jul 2018

10 Pemain World Cup 2018 Yang Paling Pandai Bergaya

Dah bergaji tinggi, mestilah pandai pilih jenama fesyen terkenal!

Trending Mon, 4 May 2020

10 Kesalahan Asas Yang Dilakukan Ketika Solat Tanpa Sengaja

Sebenarnya ada yang kita terlepas pandang masa solat…

Featured Wed, 24 Jul 2019

Uqasha Senrose bongkar rahsia mengenai dirinya

Yang terakhir paling tak sangka!

error: Content is protected !!