Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2026 @ 1:19pm

Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa syukur terhadap status rumah tangga membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania bersama bekas suami, Ahmad Aslam.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, berkongsi semula video Melodi TV3 memaparkan momen Marissa di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Pada pagi Selasa, mahkamah telah memutuskan Marissa dan Aslam sudah tidak lagi mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Terdahulu, Aslam dilaporkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Menurut peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Aslam dipercayai pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali pada September 2024 dan April 2025.

Imbas kembali, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan berkenaan mencetuskan perhatian apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata namun meninggal dunia ketika kandungan usia lima bulan.

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Ziarah Kubur Anak Undang Rasa Sayu Netizen – “Al-Fatihah Wildan Syurga, Untung Ada Yang Menanti Depan Pintu”

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Lakukan Sebarang Provokasi Selepas Bernikah ”- Marissa Dania Akui Tak Dapat Hak Sebagai Seorang Isteri Secara Adil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2024
Featured Sat, 1 Mar 2025

Jenazah Isteri Ridzokumura Selamat Dikebumi, 200 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Seramai 200 orang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat Allahyarham.

Hiburan Wed, 4 Sep 2024

#XTRAXSTAR2024: Aina Abdul, Aisha Retno, Jaclyn Victor… Pernah Sertai Program Nyanyian, 6 Penyanyi Ini Kini Bergelar Bintang Terkenal

Sertai #XTRAXSTAR2024 dan rebut peluang bernaung di bawah Alternate Records & Talent! 🤩🤩

Trending Tue, 7 Aug 2018

Nazrin Hassan’s Death Now Classified as Murder Case

The Fire and Rescue Department’s report showed that there’s foul play involved.

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Featured Thu, 8 Sep 2022
error: Content is protected !!