Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2026 @ 6:44pm

OST Zaman Remaja Kembali Hidup, Peminat Tak Sabar Saksikan MCR & Evanescence Gegar KL November Ini!

Kuala Lumpur bakal menjadi medan pertemuan buat peminat muzik emo dan gothic apabila dua nama besar antarabangsa, My Chemical Romance (MCR) dan Evanescence, dijadualkan mengadakan konsert berskala besar sepanjang November ini.

Dibawakan oleh Hello Universe, siri konsert berkenaan akan menyaksikan My Chemical Romance menggegarkan ibu negara selama dua malam berturut-turut pada 19 dan 20 November, sebelum Evanescence mengambil alih pentas pada 28 November.

Kehadiran kedua-dua kumpulan ikonik itu bukan sekadar menghidangkan persembahan bertenaga, malah menjadi momen nostalgia buat generasi yang membesar dengan lagu-lagu mereka pada awal tahun 2000-an.

Bagi ramai peminat, muzik MCR dan Evanescence bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjalanan zaman remaja yang penuh dengan emosi dan kenangan.

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa teruja apabila menyifatkan kehadiran kedua-dua kumpulan itu dalam bulan yang sama sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

“Serius tak sangka MCR dan Evanescence datang ke Kuala Lumpur dalam bulan yang sama. Dulu orang kata mustahil, sekarang macam mimpi yang jadi kenyataan,” tulisnya.

Seorang lagi netizen turut mengimbau kenangan zaman persekolahan yang banyak ditemani lagu-lagu daripada kedua-dua kumpulan tersebut.

“Dulu lagu-lagu mereka jadi teman waktu sedih, siap menangis sorang-sorang dekat hujung katil. Bila tiket dibuka semula, memang tak boleh lepaskan peluang. Anggaplah ini hadiah dan healing untuk diri sendiri yang dah dewasa,” tulisnya.

Dalam masa sama, penganjur menerusi media sosial rasmi turut mengumumkan pembukaan semula jualan tiket dalam kuantiti terhad.

Bagi peminat yang masih belum mendapatkan tiket, peluang terakhir itu boleh direbut menerusi laman web rasmi GoLive Asia.

November ini bukan sekadar tentang konsert. Ia adalah pertemuan semula dengan soundtrack yang pernah menemani zaman remaja ramai peminat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Dec 2017

陪女生逛街「战死商场」的英雄们!

对于很多男生来说『购物』是一种折磨,但他们要怎么开口向他的爱人表明呢?(音乐响起:总是开不了口让她知道……)看过以下这组照片,你就会明白这些『商场英雄』的心声。

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Media Prima Staff Takes Home an Award in Portugal

To many more sweet success like this to come!

Hiburan Fri, 13 Dec 2024
Hiburan Wed, 27 Dec 2023

Didakwa Tiru Zizan Razak & Shaheizy Sam? Ini Respons Wanns Ahmad – “Saya Bawa Identiti Saya Sendiri”

Tak baik tau cakap macam tu… Wanns Ahmad bawa identiti dia yang sebenar lah!

Events Tue, 10 Jul 2018

Watch Professional Lion Dancers Battle it Out in this Year’s Championship

There are more than 30 troupes from all over the world competing.

Featured Fri, 21 Mar 2025

Kakak Nafi Emma Maembong Bersekedudukan Dengan Teman Lelaki – “Dia Selalu Dengan Anak-Anak”

Syikin Maembong sekali lagi menegaskan dakwaan yang mengatakan adiknya itu bersekedudukan dengan seorang deejay adalah tidak benar.

Featured Mon, 6 Mar 2023

Marsha Milan Rancang Buat Rawatan IVF, Dilema Perlu Berehat Dari Karier Seni

Rezeki ditangan Tuhan.. Kenapa Marsha dilema tu?

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Betul Ke Nasz Sally ‘Kembar’ Sherry Al Hadad?

Empat tahun di dalam industri seni, ramai yang keliru saya dengan Sherry…

Featured Thu, 23 Mar 2023

Didakwa Abai Anak, Ini Kenyataan Rasmi Fatin Afeefa

Hmm macam macam laa. Apapun min doakan semoga segala urusan dipermudahkan ya ❤️

error: Content is protected !!