Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 21, 2025 @ 4:17pm

Kakak Nafi Emma Maembong Bersekedudukan Dengan Teman Lelaki – “Dia Selalu Dengan Anak-Anak”

Meskipun sudah beberapa kali disoal mengenai status adiknya yang juga pelakon, Emma Maembong, Syikin Maembong menegaskan, dakwaan tinggal bersama dengan kekasih hatinya itu adalah tidak benar.

Syikin bersama suaminya yang juga penyanyi, Cat Farish ketika ditemu bual dalam program Melodi berkata, aktres itu sentiasa bersama anak-anaknya, jadi tidak timbul dakwaan yang mengatakan dia kini bersekedudukan.

“Itu adalah tidak betul sama sekali. Memang tak benar.

“Emma selalu dengan anak-anak dia. Dia kalau nak bersama dengan Emma ni kena jumpa Ayah dulu.

“Actually, masa saya dan Cat Farish kahwin dulu, dia adalah kawan abang saya. Jadi apa pun dia kena mengadap abang dulu,” ulasnya.

Dalam pada itu, Syikin turut menjelaskan percutian ke luar negara seperti yang tular di media sosial sebelum ini adalah percutian yang disertai oleh rakan-rakan Emma yang lain dan bukanlah hanya mereka berdua sahaja.

“Percutian ada sebenarnya tapi dia (Emma) selalu bercuti dengan kawan-kawan dia.

“Sebenarnya benda macam ni kita tahu, kalau bercuti mesti tak berseorangan, mesti ramai-ramai. Kalau kata naik motor, kalau boleh angkut empat orang mesti dah naik kan.

“Dia bercuti dengan kawan-kawan, dia selesa dengan kawan-kawan dia,” tambah Cat Farish.

 

 

 

 

 

 

 

 

Disoal mengenai keterbukaan pihak keluarga yang dilihat seakan menghalalkan mana yang haram, Syikin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut.

Bahkan, menjelaskan sekali lagi status Emma dan DJ Kidd hanyalah sekadar teman biasa.

“Tidak sama sekali. Mungkin orang lain nampak kami free hair, tapi macam mana amalan kita, semua orang tak tahu. Mana yang tak betul, kita betulkan.

“Saya rasa sebagai kakak, kita harus bagi masa kepada tuan punya badan.

“Saya pasti bila masanya tepat, dia sendiri akan maklumkan terutama sekali jika ada berita gembira daripada dia dan akan sampaikan kepada semua.

“Sebab tu lah kawan. Semua orang boleh jadi kawan. Lain lah kalau kawan rapat, mesti akan keluar dengan adik beradik.

“Emma dan dia mungkin kawan biasa sahaja. Sebab nak kata rapat dengan family pun tak.

“Apa pun, tunggu jawapan daripada empunya badan sebab dia memang tak suka untuk cerita perkara aib kerana dia orangnya  postif sahaja,” jelasnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 2 Jul 2018

POLRI Berjaya Tangkap Jamal Yunos

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada Pemerintah Republik Indonesia, khususnya Polis Negara Republik Indonesia atas bantuan mereka.

Trending Thu, 16 Aug 2018

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,”

Tweet “Matinya Seorang Yang Suka Fitnah,” Kepada Mendiang Eddie, Pemimpin Muda UMNO Mohon Maaf

Trending Sun, 3 Jul 2022

Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta Berjaya Dirampas, Dua Lelaki Tempatan Ditahan

Rokok seludup berjaya dirampas, suspek tiada rekod jenayah.

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Featured Wed, 21 May 2025

“Tiada Lagi Kereta Sewa Untuk Dilenjan”- Zahnita Berjaya Beli Kereta Jenis SUV, Netizen Titip Kata Semangat

Zahnita kelihatan ceria sambil memegang jambangan bunga di samping kereta pacuan empat roda berwarna biru jenis SUV.

Trending Wed, 17 Mar 2021

Seniman Bantu 100 Ahli Terjejas Akibat Pandemik Untuk Jana Pendapatan

100 ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang terjejas teruk mendapat bantuan sebanyak RM300,000 untuk memulakan perniagaan dan menjana pendapatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, menerusi program Survival Pandemik Anak Seni, pihak persatuan itu dengan kerjasama […]

Trending Tue, 10 Nov 2020
Featured Tue, 10 May 2022
error: Content is protected !!