Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2026 @ 7:29pm

Pertemuan Di Lautan Biru Ubah Segalanya, Saksikan Azure Spring Di Tonton

Ada kalanya seseorang perlu menjauh daripada kesibukan dunia untuk kembali mengenali diri sendiri. Itulah yang cuba disampaikan menerusi drama Korea terbaharu, Azure Spring yang kini ditayangkan di Tonton.

Diadaptasi daripada webtoon popular karya Jang Dukhyun dan diarahkan Jung Hunsoo, drama enam episod itu menggabungkan elemen romantik, penyembuhan jiwa dan pencarian makna kehidupan dalam sebuah naskhah yang dekat dengan realiti masyarakat.

Azure Spring menampilkan Kim Ye-rim atau Yeri daripada kumpulan Red Velvet sebagai Anna, bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan impiannya selepas kerjayanya musnah akibat kecederaan.

Dalam usaha mencari ketenangan, Anna pulang ke kampung halaman ibunya yang terletak di sebuah pulau terpencil, jauh daripada hiruk-pikuk kota.

Di situ, dia bertemu Deokhyun yang dilakonkan Kang Sang-jun, bekas anggota pasukan khas UDT yang memilih untuk hidup bersendirian kerana masih dibelenggu kisah silam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Pertemuan tidak dirancang itu akhirnya membawa mereka menyelami kehidupan sebagai haenam dan haenyeo, iaitu penyelam lelaki dan wanita yang mencari hasil laut di dasar lautan.

Dengan latar belakang pemandangan laut yang memukau, Azure Spring membawa penonton mengikuti kehidupan harian Anna dan Deokhyun yang dipenuhi aktiviti menyelam, mengutip hasil laut dan berkongsi rezeki bersama penduduk setempat.

Melalui pengalaman itu, kedua-duanya perlahan-lahan belajar menerima diri sendiri, melepaskan luka yang selama ini dipendam dan menemukan semula harapan untuk meneruskan kehidupan.

Namun, persoalannya, mampukah mereka benar-benar berdamai dengan masa lalu yang masih menghantui?

Selain Yeri dan Kang Sang-jun, drama ini turut dibintangi Ko Ju-hee dan Jung Hyun-min yang melengkapkan perjalanan penuh emosi tersebut.

Saksikan Azure Spring yang akan distrim dengan kesemua enam episod serentak bermula 10 Jun 2026, jam 12 tengah malam, secara eksklusif di Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 Dec 2021

myundi Sedia Info Terkini Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021

Usai pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kini masa untuk PRN negeri Sarawak yang ke-12 sekaligus menutup PRN buat tahun 2021. Seperti biasa, rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya […]

Events Fri, 21 Jun 2019

洪金宝获颁终身成就奖!第三届《金环奖》入围名单出炉

洪金宝获颁终身成就奖!第三届马来西亚《金环奖》入围影片及五强入围名单出炉。

Contest Tue, 23 Jul 2019
Hiburan Sun, 15 Dec 2024

Along Cham Direman 5 Hari, Disyaki Miliki Ganja

Along Cham selebriti lelaki berusia 41 tahun ditangkap disyaki miliki dadah

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Featured Wed, 10 May 2023

‘Survey’ Resort Mewah Di Langkawi, Janna Nick & Dini Bakal Berkahwin 10 Jun Ini?

Wahhhhh, syoknya Janna nak kahwin dah ke hehe patut la semangat bersenam yaa 🤪🤣

Featured Mon, 19 Dec 2022
error: Content is protected !!