Euforia Bola 2026
Drama By: Padin June 23, 2026 @ 7:41pm

Bergandingan Dengan Imranul Effendy, Ariana Yusof Diuji Cinta Dan Harta Dalam ‘Salju & 7 Buaya’

Gandingan Ariana Yusof dan Imranul Effendy menjadi taruhan utama dalam drama mikro terbaharu, Salju & 7 Buaya yang bakal menemui penonton mulai 24 Jun ini menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Turut dibintangi Syafi Tee, Syuhaida Abraz dan Watie Sadali, drama yang diinspirasikan daripada kisah dongeng Snow White itu mengangkat kisah cinta, pengkhianatan dan perebutan harta pusaka yang sarat dengan pelbagai muslihat.

Ariana membawakan watak Salju, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu angkatnya, Mak Sherry lakonan Watie Sadali. Kehidupan sederhana yang dilaluinya semakin indah apabila Haikal lakonan Imranul Effendy melamarnya untuk dijadikan isteri.

Namun, kebahagiaan pasangan itu tidak bertahan lama apabila seorang peguam muncul pada hari pernikahan mereka dan mendedahkan Salju sebenarnya pewaris sah harta peninggalan arwah bapa kandungnya.

Bagaimanapun, Salju terpaksa membuat keputusan yang menyayat hati apabila syarat pewarisan menetapkan dia tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh tiga tahun. Jika syarat itu dilanggar, haknya terhadap harta tersebut akan terbatal.

Demi masa depan dan atas nasihat ibu angkatnya, Salju membatalkan perkahwinan yang sudah dirancang. Keputusan itu bukan sahaja menghancurkan hati Haikal, malah membuatkan keluarganya berasa dipermalukan sehingga dia akhirnya dikahwinkan dengan Melinda, bekas majikan Salju yang sering menindasnya.

Kehidupan Salju berubah sekali lagi apabila dia mula bekerja di syarikat milik keluarga kandungnya. Tanpa disedari, ibu tirinya, Che Puan Sarima lakonan Zarynn Min mempunyai agenda tersembunyi bagi memastikan Salju tidak mendapat haknya sebagai pewaris.

Lebih mengejutkan, Che Puan Sarima dikatakan sanggup bekerjasama dengan Haikal dan enam lelaki lain demi menghancurkan kehidupan Salju.

Mampukah Salju mempertahankan haknya sebagai pewaris dan adakah cinta yang pernah musnah antara Salju dan Haikal mampu disatukan semula?

Penuh dengan elemen romantik, komedi dan konflik keluarga, Salju & 7 Buaya bakal mula bersiaran setiap hari pada jam 8 malam bermula 24 Jun secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

#DramaTonton; GHAIB Buat Shukri Yahaya Meremang

Sebenarnya saya bukan seorang yang penakut tetapi bila berada di situ, saya jadi…

Trending Wed, 21 Oct 2020
Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Kangin Officially Quits Super Junior After 14 Years

Breaking news! Another idol from a legendary K-pop group calls it quit!

Hiburan Tue, 1 Oct 2019

Azrinaz Kongsi Saat Melahirkan Areesya Malaykha

Pengalaman yang sungguh berharga!

Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Isu Packaging Sambal Dikritik, Ini Respons ‘Win’ Khairul Aming – “Bila Orang Bijak Berbicara…”

Penjelasan yang cukup baik. Bagi semua orang faham…Kudos Khairul Aming!💪💪💪

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

CSOIAM: Jimi Hargai Doa Yusry Untuk Bersaing Di Pentas AJL, Rancang Keluar Single

Persembahan duet bersama Misha Omar di CSOIAM dipuji, Jimi rancang strategi masuk AJL

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Angeline「FULL能量」自称像宋慧乔

继第一本《PowerBank:快乐load不完》大获好评,Angeline黄玉丽再接再厉,以简洁的话语文字、配色温馨的图画,推出《PowerBank:Full能量》!活动上,她还自称年轻时像宋慧乔,现场大胆拿照片对比。

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Da Unknown Tampil Dengan Cinta Hati

Tahniah atas single terbaru

error: Content is protected !!