Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2026 @ 12:05pm

“Terpulang Pada Lidah Masing-Masing” – Neelofa Terbuka Terima Review Jujur Nasi Ayam Mama Tini, Niat Sekadar Kongsi Rezeki 

Selebriti popular, Neelofa akhirnya membuka mulut mengenai sambutan luar biasa yang diterima terhadap jualan nasi ayam ibunya, Noor Kartini.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek di Instagram, Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 37, berkata, idea jualan nasi ayam oleh ibunya itu tercetus selepas perkongsiannya tular dan mendapat sambutan orang ramai.

Lebih menarik, Neelofa turut berkongsi bahawa nasi ayam yang dijual dengan harga RM26 sebekas itu adalah menggunakan resepi keluarga dan menjadi kegemaran mereka sejak kecil lagi.

“Asalnya saya kongsi resepi ni dekat instagram kemudian ia jadi viral. Dan ramai sangat orang tagged dan puji. Sampailah Mama kata nak cuba jual nasi ayam ni.

“Daripada saya kecil lagi, masa tu masih duduk dekat Pasir Mas lagi sampailah sekarang, inilah nasi ayam yang dihidangkan. Ini adalah kegemaran kami sekeluarga,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Mengulas mengenai komen warganet terhadap produk nasi ayam Mama Tini, Neelofa mengakui, setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza sekali gus terbuka dengan setiap pandangan yang diberikan.

“Siapa yang dah rasa nasi ayam Mama ni akan puji kata sedap tapi ada juga yang kata biasa. Terpulang pada lidah masing-masing. Rezeki dalam membuat nasi ayam ni dah ditentukan oleh Allah SWT.

“Dan saya nak pesan, saya okay je orang yang buat video bagi pendapat jujur dan sebagainya untuk nasi ayam ni, saya okay sahaja,” jelasnya.

Di akhir hantaran berkenaan, Neelofa menegaskan, perniagaan yang dibuat oleh ibunya itu bukanlah semata-mata mahu mengaut keuntungan, sebaliknya sekadar untuk mengisi masa terluang dan membantu orang sekeliling.

“Mama buat nasi ayam ni sekadar sampingan and for fun memandangkan mama pun sudah tidak bekerja.

“Dalam masa sama dapat membantu orang-orang sekelilingnya. Dapat share rezeki dan saya harap semua orang enjoy dapat makan hasil daripada tangan mak saya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Nina Iskandar Selamat Lahirkan Anak Sulung

Tahniah buat Nina & Lan Lebah!

Featured Fri, 2 May 2025

Misi Kurangkan Berat Badan, Atikah Suhaime Titip Pesan -“Jangan Ambil Ubat Kurus Tak Berkesan!”

Atikah menegaskan, menurunkan berat badan bukanlah perkara mudah, kerana ia menuntut komitmen yang tinggi.

Hiburan Fri, 11 Jan 2019
Featured Tue, 11 Jan 2022

Selamat Ulang Tahun! Rai Hari Jadi Siti Nurhaliza Bersama Stesen Radio Tempatan

Hari ini, 11 Januari merupakan hari ulang tahun penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke-43. Bersempena dengan hari jadi Siti, beberapa stesen radio tempatan seperti Hot FM, Cats FM, Gegar, ERA, […]

Hiburan Sat, 14 Oct 2023

Pasangan Keenam Famili Duo 3 Jadi Tanda Tanya, Netizen Petik Nama Kak Lina Pom Pom & Suami?

Wahhh betul ke Kak Lina Pom Pom pasangan keenam Famili Duo 3? Jangan lupa tengok esok okay!

Trending Fri, 27 Dec 2019
error: Content is protected !!