Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2026 @ 11:36am

“Ini Pertama & Kali Terakhir Saya Bawa Watak Penyondol, Lepas Ni Tak Ada Dah” – Zara Zya

“Tontonlah drama ini secara positif sekadar niat ingin menonton sahaja, bukan untuk mengecam”.

Demikian respons pelakon Zara Zya apabila pertama kali membawakan watak penyondol dalam drama terbaharunya, Luka Di Hujung Setia.

Kata Zara atau nama lengkapnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, ini merupakan kali pertama dan juga yang terakhir akan dibawakannya sepanjang bergelar anak seni.

Jelasnya, dia tidak berhasrat untuk menerima watak seumpama itu bukan kerana bimbang dikecam penonton, sebaliknya merasakan karakter tersebut tidak sesuai dengan dirinya.

“Ini pertama kali saya bawa watak penyondol. Lepas ni tak ada lagi.

“Bukan takut dibenci peminat atau sesiapa tapi untuk diri saya sendiri.

“Awal-awal lagi sebelum drama ini keluar saya dah pesan, tontonlah dengan niat ingin menonton, bukan untuk mengecam,” katanya.

Dalam masa sama, Zara menjelaskan, dia ada berbincang dengan pengarah bagi mengurangkan babak bersentuhan sepanjang penggambaran.

Bagaimanapun, ada babak yang sukar dielakkan demi memenuhi kehendak jalan cerita berkenaan.

“Mula-mula pun saya ada cakap dengan pengarah untuk elakkan babak bersentuhan ni, tapi bila dalam lakonan dan penggambaran tu dia jadi sukar.

“Saya pun sebenarnya takut nak bawa penyondol ni, sebab saya tahu itu bukan diri saya. Dan saya rasa saya tak sesuai dengan watak Dhia ni,” jelasnya.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada majlis ‘Viewing Party’ drama Luka Di Hujung Setia yang diadakan di Hotel Seri Pacific, pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Mengulas mengenai reaksi peminat pula, Zara mengakui memahami perasaan peminat-peminatnya, namun berharap penonton di luar sana dapat membezakan antara watak dan realiti kehidupan.

“Saya minta maaf, tapi saya faham ada peminat yang mungkin kecewa  tapi saya juga faham dengan kerjaya saya.

“Macam saya cakap, tontonlah drama ini secara positif dengan niat ingin menonton, bukan untuk mengecam. Apa yang kami persembahkan hanyalah kisah realiti dalam masyarakat,” ujarnya.

Selain Zara, drama rantaian 28 episod ini turut menampilkan pelakon hebat seperti, Datuk Adi Putra, Irfan Zaini, Chaya Nilam, Angella Joliey dan Puteri Khareeza.

Untuk info, Luka Di Hujung Setia membuka sisi getir sebuah perkahwinan apabila beban kehidupan dan kesunyian kian menghakis hubungan yang dibina atas dasar cinta dan pengorbanan.

Jangan ketinggalan menyaksikannya drama ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Guna Nama Tanpa Izin, Pak Nil Buat Laporan Polis!

Terutama mereka yang berada di Kuching, saya dapat berita ada menggunakan nama Pak Nil tanpa kebenaran. Katanya sebuah kedai jual alat elektrik.

Hiburan Tue, 3 Sep 2024
Trending Fri, 31 Aug 2018

12星座在《延禧攻略》能活到第几集?

电视剧《延禧攻略》虽然大结局不过堪称宫斗经典,领盒饭匆匆下线的妃子也不在少数,那么12星座在其中又能活到第几集呢?

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

Melly Goeslaw Unfollow Di Instagram, Rossa Tidak Mahu Panjangkan Isu Lagi

Semoga baik-baik saja buat Rossa dan Teh Melly…

Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Kolaborasi Pertama BTS J-Hope dan Becky G Dalam Lagu Remake “Chicken Noodle Soup” Buat Peminat Teruja!

Army Malaysia apa kata korang? Mesti tak sabar nak dengar lagu ni kan!

error: Content is protected !!