Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2026 @ 4:12pm

“Bila Ada Rasa Dengki, Itu Bukan Kawan” – Aznil Akui Hilang Kepercayaan Pada Sahabat, Pengalaman Lama Masih Berbekas

Pengacara dan penyampai radio Datuk Aznil Nawawi mengakui sudah tidak lagi meletakkan kepercayaan terhadap istilah ‘sahabat’ selepas melalui pengalaman pahit dikhianati individu yang pernah rapat dengannya.

Menerusi Instagram radio Kool FM, Aznil, 64, berkata pengalaman tersebut memberi kesan mendalam sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menerima kehadiran seseorang sebagai teman baik.

“Saya dah hilang kepercayaan mengenai perkataan sahabat itu.

“Mungkin dari pengalaman-pengalaman sebelum ini pernah sekali kita mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat dan telah dianiaya. Persahabatan telah dinoda.

“Jadi disebabkan itu saya tak percaya langsung tentang erti sahabat baik atau rapat,” katanya.

Dalam pada itu, Aznil turut memuat naik semula video memaparkan personaliti televisyen terkenal Oprah Winfrey yang berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir rakan yang sebenarnya menyimpan perasaan iri hati terhadap kejayaan orang lain.

Menurut Aznil, dia bersetuju dengan pandangan tersebut dan menyifatkan rasa dengki dalam diri seseorang sebagai petanda awal bahawa individu berkenaan bukanlah sahabat yang ikhlas.

“Itu adalah satu detik menunjukkan ada rasa dengki iri hati. Seharusnya mengambil itu sebagai petanda dia bukan kawan. Daripada petanda pertama diberikan itu, ia sudah menunjukkan bukan kualiti seorang sahabat.

“Bila berada dalam situasi sukar akan muncul Allah hantarkan sahabat atau petanda sahabat yang betul,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Aug 2024

Azfar Heri Nafi ‘Mencapap’ Rakan Artis – “Saya Ada Nama Sendiri”

Rezeki Azfar dikelilingi orang-orang yang sekepala. Bukan sebab menumpang populariti okay!😎💅

Featured Tue, 28 Jun 2022
Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

‘Aku Berharap Penangkapan Ini Kurangkan Dosa Kita Semua,’ – Erma Fatima

Dalam masa yang sama dia turut memohon kepada semua pihak agar berhenti memperlekeh dan menghina, kerana itu bukanlah budaya kita amalkan di Malaysia.

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Dipuji Merendah Diri, Syatilla Melvin Kongsi Momen Balik Kampung Naik Kereta Api – “Parit Buntaq Aku Datang!”

yatilla mendedahkan ini merupakan pengalaman pertama buat dirinya dan keluarga

Hiburan Wed, 21 Aug 2019
error: Content is protected !!