Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin June 29, 2026 @ 12:39pm

Irfan Zaini ‘Takut’ Bawa Watak Penyondol, Dedah Ibu Pantang Tengok Lakonan Tak Kira Watak Jahat Atau Baik – “Keluarga Saya Agak Alim”

“Sampai sekarang mak saya tak okay saya berlakon. Tapi saya nak lakonan jadi karier saya”.

Demikian respons pelakon, Irfan Zaini apabila mengakui berdepan cabaran membawakan watak Fariz dalam drama terbaharu lakonannya, Luka Di Hujung Setia.

Kata Irfan, dia bukan sahaja bimbang dengan penerimaan penonton terhadap watak yang disifatkannya sebagai tamak dan menjadi punca rumah tangga orang lain musnah, malah berasa risau sekiranya ibunya menonton babak-babak sensitif yang ditayangkan.

Akuinya, sehingga kini ibunya masih tidak dapat menerima kenyataan baahwa kerjaya lakonan adalah minat dan kerjaya yang dipilihnya kerana beranggapan menjadi aktor hanyalah sekadar hobi dan bukannya pekerjaan tetap.

“Sampai sekarang mak saya tak okay saya berlakon. Dia fikir lakonan ni macam hobi je, nanti in future kena cari kerja lain, kerja 9 pagi hingga 5 petang. Tapi saya nak lakonan jadi karier saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV3 | TV9 Drama Squad (@dramasangat)

Mengulas lanjut, Irfan mendedahkan bahawa dia dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ajaran agama sehinggakan keluarganya jarang mengikuti drama mahupun filem yang disiarkan di televisyen.

“Keluarga saya agak alim, solat lima waktu, baca Yasin malam Jumaat, jadi mereka tak tengok drama sangat.

“Mak saya memang pantang saya ada dalam filem atau drama tak kira watak baik atau jahat. Tapi lama-kelamaan dia sedar benda ni buat saya happy, jadi dia lepaskan lah. Kadang-kadang dia tengok, kadang-kadang tak,” jelasnya.

 

Bercakap mengenai watak Fariz pula, Irfan berkata, dia mahu karakter yang dibawanya itu menjadi pengajaran kepada masyarakat dan bukannya contoh untuk diikuti.

“Selepas beberapa episod, saya rasa macam nak bawa watak ni sebagai salah satu contoh yang orang tak patut ikut. Biar je dia tekan Dhia, tekan Nuha. Dia yang salah, sebab kita ada je orang dalam realiti kita yang dia bersalah tapi dia cakap macam tak bersalah langsung, lepas tu dia selfish.

“Watak Fariz ni paling selfish, paling tamak, dia nak semua benda. Saya harap setakat 18 episod ni saya dah bawalah watak Fariz yang kita benci tu. Rasa bersyukur dan takut juga sebab lepas episod 18 ni, saya dengan Sarah (Zara Zya) kerap bincang pasal perasaan dan tanggapan netizen. Sebab babak buka tudung tu benda sensitif. Mak saya kalau tengok episod ni, mampus saya!,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Sep 2025

Badron Munirah Dedah Ditawar RM100,000 Jadi ‘Sugar Baby’

Badron Munirah takut ditawar RM100,000 jadi sugar baby

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

BERJUBAH, IMEJ BARU ZUL ARIFFIN

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers

Trending Wed, 2 May 2018

Facebook Akan Lancarkan Servis Mencari Cinta Untuk Para Pengguna, Anda Berminat?

Nanti Facebook akan jadi lebih mudah untuk anda mencari cinta.

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Trending Sun, 10 May 2020

[TERKINI] PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun Ini

Ya, PKPB akan disambung lagi!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Featured Tue, 26 Apr 2022
error: Content is protected !!