Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri June 29, 2018 @ 12:43pm

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Bagaimanapun, fungsi ini sebenarnya tiba agak lewat bagi pengguna Google Maps Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, mod navigasi motosikal ini telah pun diperkenalkan untuk pengguna di Indonesia kira-kira tiga bulan yang lepas. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan memilih di antara pilihan mod navigasi yang sedia ada sebelum ini iaitu kenderaan empat roda, pengangkutan awam dan berjalan kaki.

Dengan adanya mod navigasi terbaru ini, penunggang motosikal akan mendapat anggaran masa perjalanan yang lebih tepat berbanding sebelum ini. Ini kerana sebelum ini, mereka perlu menggunakan mod navigasi kenderaan empat roda yang mana pada keadaan trafik sesak, penunggang motosikal selalunya boleh bergerak dengan lebih pantas berbanding kereta.

Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna peranti mudah alih perlu memuat turun kemaskini terbaru untuk aplikasi Google Maps melalui Google Playstore dan Apple App Store. Kemaskini ini sudah tersedia buat peranti Android dan iOS bermula semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 21 Jul 2018

Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini

Honor Note 10 akan diperkenalkan buat pertama kali pada 31 Julai ini di China, menurut laporan Gadget 360. Perkara itu telah disahkan oleh pihak honor sendiri di mana mereka telah mengeluarkan satu poster bagi memaklumkan perkara tersebut. […]

Automobile Sat, 30 Nov 2019

Lelaki Bina Helikopter Sendiri Sebab Tidak Suka ‘Traffic Jam’

Boleh buatkan satu tak sebab lambat nak tunggu kereta terbang!

TECH Wed, 12 Jun 2019

研究显示:女性夜间开灯睡觉容易变胖

除了吃得多运动少以外,夜里开灯睡觉可能会让人变得肥胖!

TECH Fri, 26 Apr 2019

EduStore: Allowing Students & Educators Access to Amazing Content at Lower Prices

It’s a great access to better quality content for learning and teaching.

TECH Sun, 26 May 2019

Cara senang sembunyikan Akaun Facebook daripada Google!

Kami kongsikan kaedah yang boleh dicuba untuk mengelakkan ianya dipaparkan pada keputusan carian.

TECH Fri, 1 Jun 2018

Tak Lama Lagi Korang Boleh Buat Avatar Watak Sendiri Di Facebook

Ciri yang dipanggil sebagai Avatar, membolehkan pengguna menghasilkan sticker yang boleh digunakan pada Messenger dan ruangan komen di Facebook.

TECH Sat, 20 Jan 2018

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

Terdapat beberapa ‘pantang larang’ ketika menggunakan komputer atau laptop anda.Ketahui pantang larangnya.

Contest Tue, 17 Sep 2019

Calit, Si Cilik Calit! Kembali Dan InI 5 Sebab Kenapa Korang Wajib Tonton Episod Kali Ini!

Jangan lupa saksikan Calit, Si Cilik Calit! Edisi Selebriti nanti okay!

TECH Fri, 19 Oct 2018

Cara Mengubah Telefon Pintar Android jadi Mouse Komputer

Anda juga boleh mengawal papan kekunci, pelindung yang terjejas, pemain media, persembahan, pemecah yang gagal untuk mematikan komputer secara langsung dari Android.

TECH Sun, 28 Apr 2019

Instagram Menguji Cara Baru Untuk Melihat Gambar Pada Explore Tab

Instagram kini dilihat sedang menguji cara baru untuk pengguna melihat gambar pada aplikasi mereka.

error: Content is protected !!