Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 30, 2026 @ 12:17pm

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menitipkan doa buat tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berdepan prosiding keputusan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

“Saya doakan agar kebenaran, keadilan dan ketenangan sentiasa bersama YB Syed Saddiq.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, mengangkat segala beban, dan memberi kekuatan untuk melalui hari yang penuh makna ini,” katanya.

Bella turut mengakui perjalanan mencari keadilan bukan sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kesabaran, ketabahan serta keyakinan terhadap ketentuan Allah.

“Kadang-kadang perjalanan untuk mencari keadilan tidak mudah. Ia menguji hati, kesabaran dan kepercayaan kita kepada aturan Allah.

“Tetapi saya percaya, setiap ujian pasti ada hikmah, dan setiap doa yang ikhlas tidak pernah sia-sia. Insya-Allah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Bella turut berharap setiap ujian yang ditempuhi Saddiq akan berakhir dengan kebahagiaan serta keadilan.

“Semoga setiap ujian yang dilalui diganti dengan kebahagiaan.

“Semoga yang benar dan baik terus dilindungi.

“Semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berjuang dengan ikhlas,” tulisnya.

Sebelum ini, Saddiq berdepan pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Artikel Berkaitan: “Ini Perkara Di Luar Jangkaan” – Syed Saddiq Akur Penangguhan Keputusan Pembebasannya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Mon, 22 Jan 2018

5 Trik Oversized Shirt

Kemeja dengan ukuran besar atau oversized shirt sentiasa menjadi item pilihan penggemar fesyen tidak kira bagi mereka yang memiliki badan besar mahupun bertubuh kecil.

Trending Wed, 14 Nov 2018

Exam SPM Tahun Hadapan Mungkin Akan Diawalkan!

Rancangan ini melihat kepada faktor logistik, keadaan cuaca dan kebajikan pelajar.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Pesanan Datuk Red Pada Adira Suhaimi Buat Ramai Sebak! – “Andai Kita Tiada Jodoh & Usia Saya Singkat, Semoga Awak Bahagia”

Datuk Red berdoa Adira Suhaimi temui kebahagiaan lain sekiranya mereka tidak kembali berjodoh

Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Gamit Nostalgia…Awie Serap Mood ‘Jiwang’

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia juga sudah ‘melamar’ beberapa penyanyi popular antaranya…

Trending Thu, 2 Apr 2020
Featured Fri, 15 Aug 2025
error: Content is protected !!