Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 30, 2026 @ 12:46pm

“Dia Lembut, Beradab, & Pemalu” – Zila Bakarin Puji Amira Othman, Tak Lupa Pernah Dibelanja Hadiah ‘Ikan Paus’ Ketika Live TikTok

Pelakon, Zila Bakarin memuji keperibadian penyanyi dan pelakon Amira Othman yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang matang, lemah lembut serta berbudi bahasa.

Menerusi ruangan balas di Threads, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, meskipun belum pernah bertemu Amira secara bersemuka, dia mendapat gambaran positif mengenai penyanyi itu daripada suaminya yang pernah menjalani penggambaran bersama.

“Amira ni nampak matang… relaks saja dia.

“Saya tak pernah jumpa, tapi suami pernah shooting dengan dia,” katanya.

Menurut Zila lagi, suaminya turut berkongsi Amira memiliki keperibadian yang baik dan disenangi ramai.

“Suami cakap dia ni memang lembut, beradab dan pemalu,” ujarnya.

Zila berkata demikian ketika membalas ciapan seorang pengguna Threads yang memuat naik video memaparkan momen mesra Amira bersama pelakon Fattah Amin.

Dalam masa sama, Zila turut mengimbau sikap pemurah Amira yang pernah memberikan hadiah ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

“Yang penting hari itu saya ada buat siaran langsung di TikTok, dia belanja ikan paus. Terima kasih Amira Othman,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

Hiburan Wed, 7 Jan 2026

Fedtri Yahya Kesal Lirik Lagu Berunsur L*cah – “Perlu Ada Batasan Kerana Ia Mengaibkan”

Fedtri Yahya kecewa lirik lagu berunsur lucah dalam dangdut

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Featured Fri, 13 Sep 2024
Hiburan Fri, 23 Aug 2024

[VIDEO] Hebatnya Lakonan! Sharifah Sakinah Kongsi Babak Ludah Muka Azhan Rani – “Dia Boleh Jilat Balik Air Liur Aku” 

Perghhhh, reall ya Sakinah ludah muka Azhan Rani 🥵 Masing masing pelakon gred A+++!

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

‘ Izinkan Mak Dapat Bertemu Abah Di Pintu Syurga Mu…’, Ibu Ellie Suriaty Meninggal Dunia

Sebelum ini, arwah yang berusia 76 tahun disahkan lumpuh separuh badan sejak hujung tahun lalu. Sejak itu, arwah hilang upaya makan, bercakap dan berjalan.

Featured Tue, 1 Oct 2024

“Per*gol Adalah Per*gol! B*doh Sangat Kepala Otak Korang Ni Kan” – Tiz Zaqyah Berang Ada Pihak Tak Sensitif Isu R*gol

Haih,berat ek isu ni! Pokok pangkalnya sekrang ni kita semua kena take care each other😡🔥

error: Content is protected !!