Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 1, 2026 @ 12:08pm

“Tak Ada Kaitan Dengan Bapa Dia, Aku Yang Besarkan Sampai Boleh Berlari!” – Rita Rudaini Berang Nama Bekas Suami Dikaitkan Dengan Kejayaan Anak

Pelakon, Rita Rudaini membidas kenyataan seorang individu yang mengaitkan kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, dengan bekas suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Reaksi itu tercetus selepas Airit Rayyan mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Menerusi ruangan balas di platform X, Rita tampil meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak cuba mengaitkan pencapaian anaknya dengan bekas suami.

“Tak ada kaitan dengan bapa dia. Yang besarkan mereka dari kecil sampai boleh berlari itu aku. Hamak perhatian,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Rita supaya tidak mengendahkan ciapan individu berkenaan.

Pada masa sama, ramai tampil mempertahankan pelakon itu dengan menyifatkan kejayaan Airit Rayyan adalah hasil pengorbanan serta usaha Rita yang membesarkan dan mendidik kedua-dua anaknya sebagai ibu tunggal.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum pasangan itu sah bercerai pada 5 September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: “Tunggu Aku Kutip Hutang Nafkah Sampai Licin, Sekarang Bersoronoklah Dulu” – Rita Rudaini Dakwa Simpan Bukti, Janji Tak Maaf Dunia Akhirat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 24 Oct 2025

Adam Lee Tersentak Bertemu ‘Ayah’ Di Sarang Pelacuran Dalam ‘Bintang Di Langit Syawal’

‘Bintang Di Langit Syawal’ sebuah karya penuh emosi yang mengangkat tema kasih sayang, konflik keluarga dan pencarian identiti diri.

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Kisah Viral Sat, 9 Dec 2023

“Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Semoga Ibu Zayn diberikan kekuatan untuk tempuhi ujian ini

Trending Mon, 5 Apr 2021

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi […]

Hiburan Tue, 13 Aug 2024

“Ustaz Tak Bersalah, Dia Hanya Ikut Arahan Untuk Lepaskan Saya” – Nora Ariffin

Alamak, suami Nora Ariffin terima arahan daripada siapa tu?

Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Featured Sat, 12 Aug 2023
error: Content is protected !!