Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Salma Syahbuddin August 7, 2018 @ 3:26pm

Cool! The Golden Bridge Mungkin Tempat Percutian Pilihan Anda Lepas Ni

Wow! itu antara perkataan pertama yang akan disebut oleh sesiapa sahaja yang menyaksikan seni bina jambatan ini. Dikenali dengan Cau Vang dalam bahasa Vietnam atau Jambatan Emas ( The Golden Bridge ) ini semakin mendapat perhatian apabila struktur binaan nya sahaja memang cukup unik.

Kenapa ianya dikatakan unik? Kerana jambatan ini seolah-olah dipegang  sepasang tangan gergasi yang sekaligus menjadi signature paling jelas buat jambatan berkenaan. The Golden Bridge yang terletak di pinggiran Da Nang, Vietnam mempunyai panjang 150 meter dan terletak pada paras 1400 meter dari dasar laut.

Dan, apa yang menariknya jambatan ini juga turut dikelilingi dengan Lobelia Chrysanthemums di sepanjang laluannya. Dan, apabila melihat kepada seni bina jambatan ini sahaja, tahukan anda  ianya hanya mengambil masa hanya setahun untuk disiapkan.

Binaan yang super cool ini sering menjadi tumpuan para pelancong dan turut dijadikan tempat pilihan untuk mereka mengabadikan gambar perkahwinan mereka disini.

Rugi rasanya sekiranya bercuti di Vietnam tetapi tidak berkunjung ke sini bukan? So, kepada kaki backpackers dan sesiapa saja yang mahu pergi bercuti, jangan lupa untuk  masukkan The Golden Bridge dalam travel list korang okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Aug 2025
Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Pulang The Movie; Watak Lum Buat Alvin Wong ‘Geli’?

Bayangkan dua bahagian sungai disekat bagi memastikan air bertakung, semua pelakon yang jadi mayat disiram dengan darah palsu dan mentega kacang.

LIFESTYLE Tue, 29 Dec 2020

Kisah Inspirasi ‘Legasi Perwira’ Bakal Bantu Usahawan

Tak sabar nak tengok Legasi Perwira!

Featured Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Fri, 22 Nov 2019
Featured Sun, 18 Sep 2022
error: Content is protected !!