Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 15, 2018 @ 11:50am

Kes Obesiti Makin Serius, Pemimpin Dicabar Kurus Dalam Masa Setahun

Ini baru betul-betul Fit Challenge! Nampaknya cadangan oleh Perdana Menteri Tonga, Akilisi Pohiva yang mencabar para pemimpin Kepulauan Pasifik itu telah menarik perhatian dunia.

Ini kerana, pemimpin di situ dicabar untuk kurangkan berat badan selama setahun.

Ini bertepatan untuk menjadi contoh kepada komuniti di negara itu.

“ Cadangan pertandingan seumpama itu akan dikemukakan kepada pemimpin ketika bertemu di Forum Kepulauan Pasifik pada bulan depan,” katanya kepada media tempatan.

Cabaran itu dibuat selepas data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sehingga 90 peratus populasi penduduk di kepulauan tersebut mengalami masalah obesiti.

Difahamkan, 10 daripada kepulauan tersebut menduduki tangga teratas masalah obesiti di seluruh dunia.

‘Wabak obesiti’ di wilayah itu didakwa berpunca daripada makanan import yang diproses selain daging berlemak.

“Kita gagal memerangi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan penyakit seperti masalah jantung serta diabetis. Segalanya berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup.

“Ia menjadi isu kompleks bagi penduduk Pasifik,” jelasnya.

Menurutnya, ia bukan tentang siapa yang kehilangan berat paling banyak kerana pengambilan kuantiti makanan yang sedikit dan mempunyai mental yang sihat akan mencapai matlamat cabaran tersebut.

“Apabila mereka mempunyai gaya pemikiran sebegitu, ia pasti akan mempengaruhi komuniti untuk mengamalkan aspek sama,” ujarnya lagi. – BBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 May 2025

Kolaborasi Bersama Tom Cruise Untuk Filem Mission Impossible, Sofyank Bikin Peminat Teruja! – “Ini Kejayaan & Kemajuan Yang Perlu Diiktiraf”

kolaborasi Sofyank bersama Tom Cruise itu dipercayai bagi promosi filem sekuel popular, Mission Impossible: The Finale Reckoning.

Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.

Hiburan Thu, 4 Jun 2026

Mahu Luaskan Pengaruh Muzik Di Malaysia, Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta

Penyanyi berasal dari Singapura, Ryzall Noh muncul dengan Natijah Cinta.

Hiburan Sun, 18 Jun 2023

Tutup Ruangan Komen, Nabila Razali Luah Ucapan Buat MK K-Clique & Siti Hajaar

Semoga Bella pun jumpa jodoh yang baik jugaa ☺️❤️

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Featured Mon, 5 Sep 2022
Hiburan Mon, 10 Feb 2025
error: Content is protected !!