Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Salma Syahbuddin August 16, 2018 @ 1:48pm

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Selepas melahirkan puteri sulungnya, Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri, KL Gangster Underworld. 

Bagi Ezzaty Abdullah, 28, cabaran memegang watak dalam drama bersiri KL Gangster Underworld kali ini lain sedikit berbanding dengan watak yang pernah dipegang oleh beliau sebelum ini. Mengakui agak teruja membawakan watak sebagai seorang mak ayam, Ezzaty banyak mendapat tunjuk ajar daripada golongan ini di luar sana bagi mendapatkan feel.

” Watak ini adalah yang diidam-idamkan selama ini sebab itu bila saya ditawarkan watak tersebut saya terus ambil. Kalau dapat watak mak hayam pondan lagilah saya suka. Nak sangat tapi nanti kena garaukan suara pula. Perasaan teruja memang ada, dan saya terus telefon mak-mak ayam yang saya kenal untuk mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat daripada mereka.” Katanya

Isteri kepada pelakon, Azwan Kombos ini turut mengakui beliau agak berdebar menunggu feedback daripada peminat, penonton dan juga suaminya sendiri berkenaan watak yang dipegangnya.

“Risau penerimaan orang tapi lagi risau nak tengok reaksi suami saya. Sebenarnya, saya memang selalu bagitahu apa yang terjadi di set supaya dia tahu. Contohnya, kalau saya pakai baju seksi, saya akan ambil gambar dan hantar, kalau ada babak seksi sikit, saya akan terangkan bila balik rumah. Saa tak mahu lah kalau ada salah faham nanti.” Jelasnya

Drama bersiri KL Gangster Underworld yang diarahkan oleh Faizal Ishak dan diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan Syamim Yusof  ini mengisahkan tentang mereka yang terlibat dalam dunia gengster. 

Selain Ezzaty Abdullah, KL Gangster Underworld turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Beto Khusairi, Zahiril Adzim, Nabila Huda dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Mar 2025

“Bukan Niat Saya Untuk Hina Budaya & Agama” – Potong Babak Berkemban, Mimi Fly Lancar Semula MV ‘Serumpun’

Mimi Fly mengaku khilaf dan sedia menerima teguran apabila muzik video terbaharunya berjudul ‘Serumpun’ yang dilancarkan sebelum ini disalah erti.

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott

Cair dengar suara dia kan? Apapun, terus stay tune tengok E! News versi Malaysia di channel Youtube kami!

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025
Featured Sat, 22 Jan 2022

Lebih 20 Petugas Media Banjiri IJN Tunggu Perkembangan Terkini Kesihatan Tun M

Semoga Tun M berada dalam keadaan baik-baik sahaja❤️

error: Content is protected !!