Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 20, 2018 @ 9:20am

Rashidi- Vanidah Imran Bawa Haluan Masing-Masing?

Desas desus mengenai perpisahan pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran mula kedengaran sejak beberapa minggu ini.

Namun begitu, pelakon The Red Kebaya sehingga ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenainya.

Memetik laporan portal hiburan Mstar, Vanidah atau Vee memberitahu dia enggan mengulas gosip berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan isu.

“ Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” ulasnya.

Sebelum ini, akhbar Mingguan Ahad melaporkan pasangan yang sudah 18 tahun berkahwin ini akhirnya membawa haluan masing-masing.

Difahamkan, pasangan popular ini turut dilihat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu.

Mereka ikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14. 

Kami doakan yang baik-baik saja untuk pasangan Rashidi dan Vee ya. Insha Allah ada penyelesaian terbaik! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Sun, 19 May 2019

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

Selebriti Thu, 4 Jan 2024
Featured Sat, 16 Dec 2023
Featured Tue, 14 Mar 2023

Sharnaaz Ahmad Titip Nota Untuk Hafidz Roshdi – “Cepat Sembuh & Kembali Betulkan…”

Tolonglah jangan mencurah minyak pada api – Sharnaaz Ahmad

Featured Tue, 20 May 2025
error: Content is protected !!