Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 25, 2018 @ 1:00pm

Sweetnya! Luar Biasa Sungguh Ucapan Hari Jadi Nabila Huda Kepada Suami

Kerenah pasangan ini sentiasa ditunggu-tunggu di laman Instagram. Ada saja ‘bahan’ yang diselitkan untuk menyakat antara satu sama lain termasuklah anak mereka, Keisha. 

Menerusi perkongsian di laman Instagram pelakon Nabila Huda semalam, pelakon Kamar Kamariah ini memberi ucapan hari jadi kepada suaminya, Izwan atau lebih mesra dengan panggilan Bert.

“Saat kita pertama kali jumpa, saya dapat lihat betapa kelakarnya awak. Dan selepas itu saya sedar, wujud seorang lelaki berhati baik, penyayang dan pelindung.

“Paling penting, awak sayang Keisha macam anak sendiri. Walaupun kadang-kadang terlampau juga sampai kita rasa tersisih. Haha ada juga eh drama.

“Sejujurnya, saya jatuh cinta dengan awak setiap hari! Awak adalah ubat yang sempurna dan saya ketagih dengan awak,” tulisnya.

Tambah anak kepada penyanyi Amy Search ini, suaminya itu setia berada di sisinya di waktu susah dan senang.

Nabila menganggap suaminya itu adalah janji daripada Allah untuk menemaninya hingga ke akhir hayat.

“Awak sentiasa buat saya ketawa, mengusap air mata saya, peluk saya dengan erat, melihat saya berjaya, meihat saya gagal, bersorok untuk saya dan pastikan saya terus kuat.

“Suami saya adalah janji daripada Allah yang saya akan ada kawan untuk selama-lamanya. Awak menjadikan kehidupan saya lebih bermakna,” katanya.

 

When we 1st met,it was obvious how funny you were.And then I learned,behind all that funny,is a guy with a good heart,loving and very protective.And the most important thing,you love keisha macam your own Anak.walaupun kadang-Kadang too much jugak sampai Kite rasa tersisih.? haha.ada jugak Eh drama!To be honest,I fell in love with you everyday!You’re the perfect drug and I am addicted to you..? You always made me laugh,wiped my tears,hugged me tight.Watched me succeed.Seen me fail,cheered me on.Kept me going strong.My husband is a promise from god that I will have a friend forever.I had a life before I met you,but you’re the one who gave it meaning.Thank you for all the things you’ve gave to me.TIME,CARE,ATTENTIONS.Dan Layan je kerenah isteri mu Yang drama ni. So…On your BIRTHDAY you should be THANKFUL for having such a SWEET,LOVABLE,BEAUTIFUL,CRAZY,Wife.? Happy birthday sweetest man on earth! Tiamo Amore Mio!!! @kidweebee

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Nabila turut berterima-kasih atas segalanya termasuklah masa, layanan dan perhatian yang diberikan kepadanya selama ini.

“Jadi, pada hari lahir awak patut bersyukur sebab memiliki seorang isteri yang baik, dicintai, cantik dan gila.

“Selamat hari lahir lelaki yang paling baik di dunia! Saya cinta awak!” katanya.

Nabila dan Bert berkahwin pada 25 Disember 2015 di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 14 Nov 2019

The 2019 E! People’s Choice Awards Complete Winners List

Congratulations to the winners! You all deserve it!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

CJ WOW SHOP 欢庆两周年大优惠

C为了纪念这个重要的里程碑,从即日起CJ WOW SHOP各购物平台(包括电视、互联网和手机应用程式)都将会推出为期一个月的促销活动!

Featured Fri, 21 Jul 2023
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Datuk Seri Siti Nurhaliza Bertanding Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih?

Ramai yang ternanti- nanti andainya betul Datuk Siti Nurhaliza bertanding untuk kerusi pilihanraya kecil

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu […]

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Elak Ada Babak Nur 2 Bocor, Pengarah Letak Syarat Ketat Di Set

Azar membawakan watak wanita yang daring. Saya harus puji keberaniaanya untuk menggalas cabaran membawakan watak Juita.

error: Content is protected !!