Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 28, 2018 @ 6:07pm

Siti Nurhaliza Dilantik Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dilantik menduduki kerusi Ahli nLembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni Dan Warisan (Aswara) berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

Berita ini dikongsi oleh pengurus peribadinya, Rozi Abd. Razak di laman sosial Instagram beliau sebentar tadi.

Bagi penyanyi nombor satu negara ini, pelantikan yang dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi itu merupakan satu penghormatan.

” Peluang menduduki kerusi berkenaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berkongsi segala ilmu sepanjang lebih dua dekad bergelar anak seni.

“Selama ini saya aktif dalam bidang seni, menyanyi, membuat persembahan dan menimba pengalaman. Kini, masanya untuk saya berkongsi semula apa yang saya ada dengan masyarakat.

“ Pelantikan ini juga satu anjakan baharu kepada diri saya sendiri kerana penglibatan saya sebagai ALP Aswara ini dalam bidang pendidikan,” kata Siti Nurhaliza yang turut menduduki kerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Pintar.

Aswara sebelum ini turut mengumumkan pelantikan dua lagi karyawan seni sebagai ALP institusi berkenaan ialah penyanyi veteran, Datuk A. Rahman Hassan serta pengarah filem dan drama, Rashid Sibir.

Wartawan TV3, Azwaliza Azman juga antara individu yang dilantik sebagai ALP Aswara. – Sinar Harian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 May 2024
Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Amira Othman bakal adakan showcase di bawah pengurusan Fattah Amin

Featured Mon, 23 Feb 2026

“Moga Usaha Ini Ringankan Beban Mereka”- Anzalna Nasir Nekad Turun Padang Hulur Bantuan, Tersentuh Nasib Golongan Kurang Mampu 

Anzalna Nasir yang tersentuh setiap kali mengingat nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya ketika berbuka puasa.

Featured Tue, 9 Jan 2024

[VIDEO] Meerqeen Kantoi Ajak Keluar ‘Dating’? Ini Respons Ameera Khan… Lucu!

Pelakon sensasi, Meerqeen mencuri perhatian selepas videonya bersama pempengaruh yang juga adik kepada Neelofa, Ameera Khan tular di TikTok. Menerusi perkongsian tersebut, Ameera sedang bersedia untuk sesi siaran langsung menjual produk kecantikan dibawah jenama keluarganya […]

Hiburan Thu, 19 Oct 2023
error: Content is protected !!