Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida September 10, 2018 @ 10:30am

Pengecualian SST Untuk Rokok Dan Warung Kecil

Kerajaan akan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan penyewaan warung kecil dan penjualan rokok kepada para pengendali kedai makanan dan minuman.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para peniaga kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai SST ini harus diberikan kepada sewaan warung-warung kecil dalam perkarangan kedai.

“Pengendali kedai makanan dan minuman hanya dikenakan cukai SST selepas melebihi nilai ambang RM1.5 juta yang merangkumi makanan dan minuman sahaja dan kadar sewaan warung-warung ini bukan melibatkan makanan dan minuman. Jadi itu sewaan tidak perlu masuk dalam cukai SST,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Terdahulu, Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan, menghadiri sesi Taklimat SST bersama Menteri Kewangan yang dihadiri lebih 300 peniaga dan wakil syarikat industri.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk Seri T. Subromaniam dan pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh.

Lim turut mengumumkan bahawa penjualan rokok di kedai berkenaan yang tidak mencapai nilai ambang sebanyak RM500,000 setahun juga akan diberi pengecualian cukai SST.

Katanya, kerajaan telah bersetuju bahawa nilai ambangan kedua-dua barangan berkenaan diasingkan kepada RM1.5 juta setahun bagi makanan dan minuman.

“Pengecualian SST ke atas penjualan rokok di kedai makanan dan minuman yang nilai ambangannya kurang daripada RM500,000 ini akan membantu peniaga untuk mengurangkan bebanan mereka dengan barangan itu akan dijual pada harga sama di kedai lain,” katanya.

Lim juga berkata kerajaan sedang memberi pertimbangan untuk memberi pengecualian cukai kepada pengendali sektor penyelidikan dan pembangunan (R and D) tempatan yang berpangkalan di luar kawasan Zon Industri Bebas (FIZ) yang memberi perkhidmatan kepada syarikat di kawasan berkenaan.

“Ini bagi memberikan dorongan kepada sektor R and D tempatan dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0 dan meningkat daya saing dalam kalangan pemain industri tempatan,” katanya. – Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Featured Mon, 15 Jun 2026

Persembahan Sentiasa Di Luar Kotak, Aisha Retno Hargai Usaha Anggrek Pilih Jadi Rakan Duet

Aisha Retno menzahirkan rasa syukur dan terharu apabila dipilih oleh Anggrek sebagai rakan duet untuk beraksi di pentas akhir sebuah program realiti nyanyian. 

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Featured Mon, 26 Sep 2022

[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

Alamak, Shila betul ke tindik hidung tu? Fesyen kot kan maybe pakai yang jenis pelekat tindik hidung hihihiii

Featured Mon, 9 Jan 2023
Trending Wed, 7 Oct 2020
error: Content is protected !!