Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 3, 2019 @ 4:39pm

Berhenti membawa beg tangan berat!

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Beg tangan adalah barang yang sentiasa perlu dibawa wanita ke mana sahaja mereka pergi. Mahu ke kedai runcit pun ada yang membawa beg tangan. Lebih mengejutkan, berdasarkan pemerhatian, setiap wanita mempunyai sekurang-kurangnya dua beg tangan dengan dua saiz berbeza.

Bagi sesetengah wanita yang sentiasa sibuk dan aktif, amat penting untuk mereka memiliki beg tangan yang mempunyai pelbagai fungsi bertujuan membawa keperluan harian seperti barangan solekan, dompet, pengecas telefon dan bermacam lagi. 

Secara ringkasnya, lagi besa beg tangan dimiliki, lagi banyak barang yang akan diisi di dalamnya. Ada juga pendapat, lebih baik membawa beg tangan saiz sederhana sahaja supaya mereka tidak terlebih bawa kelengkapan yang tidak diperlukan.

Kenyataannya, wanita dan beg tangan memang tidak dapat dipisahkan. Pastinya juga di dalam beg itu ada lagi beg-beg kecil yang lain, hebat bukan? 

Bagaimanapun pernahkah anda terfikir beban terhadap tubuh badan yang hampir setiap hari membawa sejumlah barang  yang tidak sepatutnya diletakkan pada bahagian atas badan anda khususnya bahu.

Jika terlalu kerap membawa beg yang berat, lambat atau cepat, ia akan mendatangkan keburukan terhadap kesihatan anda. Antaranya adalah:

1. Perubahan postur 

Beban berat beg yang dipikul boleh memberi kesan kepada postur badan. – Gambar hiasan/Sumber: idntimes.com

Postur badan akan berubah kerana dipengaruhi oleh berat beban jika anda sering membawa beg tangan yang lebih muatan. Akibatnya, tubuh akan mengalami perubahan bentuk tulang dan menjadikan anda bongkok.

Kesannya tidak dapat dilihat pada waktu sekarang kerana ia merupakan kesan jangka masa panjang yang mempengaruhi postur tubuh anda. 

2. Berhadapan masalah sakit kepala

Beban beg berat antara punca sakit kepala. – Gambar hiasan/Sumber: health.detik.com

Bukan itu sahaja, apabila anda sering membawa beg dengan beban yang terlalu banyak dan berat ia akan menyumbang kepada kekerapan sakit kepala. 

Apabila otot pada bahu dan di kawasan leher anda kejang serta tegang ia akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian belakang badan dan juga bahagian belakang tengkorak anda.

3. Otot bahu tidak seimbang

Kesan lain yang tidak menyenangkan adalah gaya berjalan kaki yang pelik. Hal ini kerana apabila kita memikul beg yang berat, bahu akan menyebabkan rasa tidak selesa. Tekanan demi tekanan itu menyebabkan otot bahu dominan membesar berbanding sebelah lagi. 

4. Rasa kebas 

Otot yang sering dibebankan dengan berat berlebihan akan memberi kesan termasuk rasa kebas. -Gambar hiasan/Sumber: iluminasi.com

Ketika membawa beg tangan, otot-otot pada bahu dan leher bekerja lebih keras. Hal ini menyebabkan otot menegang dan membuat anda sering merasakan sakit pada bahagian bahu hingga leher. 

Jadi sebaik-baiknya elakkan membawa beg tangan yang bersaiz besar dengan  muatan yang terlebih kerana ia akan mendatangkan kesan tidak baik pada kesihatan badan anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit seperti demam jika membawa beg tangan yang terlebih berat, tapi dalam jangka masa panjang tulang dan otot badan akan terjejas tanpa disedari.

Lebih memburukkan keadaan anda mungkin tidak perasan kesan berkenaan disebabkan oleh tabiat membawa beg tangan terlebih muatan. Menakutkan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Sep 2025

Hael Husaini Tampil Dengan 2 Lagu Hit ‘Peluk’ & ‘Alangkah’ Karya Sarat Emosi Buat Peminat

Menariknya, kedua-dua lagu ini bukan sahaja sarat dengan emosi, malah turut dipilih sebagai original soundtrack (OST) untuk dua drama popular.

Featured Wed, 28 Dec 2022
Featured Thu, 4 Aug 2022

#WhazzupNetizen: 72% Lepasan SPM Tak Sambung Belajar Pilih Jadi Influencer, Heboh Isu Intern Tak Layak Dibayar & Jemaah Indonesia Berdandan Balik Dari Haji

Uish ramainya lepasan SPM pilih jadi influencer! Korang rasa intern perlu dibayar atau tak? Fuh, sakan melaram balik dari tunai Haji. Ini 3 topik menarik #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Thu, 8 Jun 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Tolonglah jaga diri kita sendiri, tak usahlah kita terlibat – Ustazah Asma’

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Kami Berbeza Dari Segi Style..” – Tak Gentar Dibandingkan Dengan Dolla, Girl Group ‘Stellar’ Lancar Single Sulung ‘Where You Wanna Go’

Ini bagus, bersaing secara sihat! Support semua group 🤩 Congratulations Stellar untuk single pertama. Goodluck 🤩 Korang jangan lupa dengar kat YouTube ok! Best tau lagu niii 🤩🤩🤩

Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Featured Fri, 6 Jul 2018

Pelakon Ummi Nazeera Saran Segera Dapatkan Bantuan Ahli Terapi Jika Mengalami Kemurungan

Jujur, saya mempunyai sedikit masalah itu ketika tahun pertama saya di Universiti – Ummi Nazeera

Featured Sat, 2 Feb 2019
error: Content is protected !!