Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 15, 2018 @ 11:17am

Mayat Accapan Dibakar Di Krematorium Simpang Lima

Kehilangan pelawak veteran, Samynathan Rethinam atau lebih mesra disapa Accapan sememangnya dirasai warga kerja dunia hiburan tanah air.

Difahamkan, mayat Accapan dibakar di Krematorium Simpang Lima, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Mendiang meninggal dunia kira-kira pukul 2.43 pagi Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Difahamkan, pelawak ini dilaporkan sudah lama sakit namun mendiang tidak mahu menghebohkan kondisi kesihatannya.

Antara rakan artis rapat yang hadir adalah pelawak Yassin Yahya.

“ Saya ada bertemu dengan beliau beberapa bulan lalu. Ketika itu dia ada bercakap tentang masalah kesihatannya. 

“ Kehilangan Accapan sudah tentu satu kehilangan besar bukan saja buat saya tetapi para peminatnya,” kata Yassin dalam nada sebak.

Dalam pada itu, mendiang meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran 31, Dhineshwaran 28 dan Yhuveneshwary 24.

Mendiang antara artis berbangsa India yang popular dalam indusri hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan siaran RTM iaitu Santan Berlada. 

Terima Kasih atas gelak tawa yang diberikan, Accapan. Rest In Peace Sir…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Wanita Cantik Ini Rupanya Vokalis Kumpulan Cokelat!

Kalau ditanya tentang muzik pilihan, saya lebih tertarik dengan akustik. Lebih tenang tetapi saya suka mencabar diri sendiri dengan mencuba benda baharu. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk sertai Cokelat,.

Featured Fri, 1 Apr 2022

UiTM Memutuskan Profesor Dr Roshana Takim Untuk ‘Berehat’ Daripada Tugasan Pengajaran Mulai 1 April 2022

Pensyarah berkenaan direhatkan sehingga siasatan lengkap dibuat oleh pihak UiTM

Featured Thu, 23 Feb 2023
Featured Thu, 12 Feb 2026

“Harap Ramadan Ni Orang-Orang Berilmu Kongsi Kisah-Kisah Ilmiah, Tak Mahu Gosip Atau Mengutuk” – Sweet Qismina

Sweet Qismina berharap bulan Ramadan kali ini dapat dimanfaatkan dengan perkongsian ilmu bermanfaat

Events Fri, 7 Mar 2025
Featured Tue, 13 Jan 2026

Zain Saidin Titip Kata Semangat Buat Kamal Adli, Harap Ada Hikmah Di Sebalik Ujian & Minta Peminat Berhenti Sebar Fitnah

Zain Saidin tampil menitipkan kata-kata semangat buat rakan seperjuangannya, Kamal Adli susulan episod duka yang melanda rumah tangga aktor itu bersama Uqasha Senrose.

error: Content is protected !!