Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 18, 2018 @ 7:30pm

Wah…Tegar Yang Dulu Bukan Yang Sekarang!

Percaya tak, Tegar Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang! Ini adalah kenyataan. Jika dulu dia mudah mempercayai orang luar untuk menguruskan kerjayanya, kini dia lebih berhati-hati. Bukan apa, takut pisang berbuah dua kali! 

Tegar mendedahkan dia pernah mengalami kerugian ratusan ribu ringgit selepas empat kali ditipu individu berlainan sewaktu popularitinya berada di puncak 

Penyanyi berusia 17 tahun ini kembali ke Kuala Lumpur bersama bapanya dengan buah tangan terbarunya berjudul Tetaplah Di Hati.

“ Saya kini bernaung di bawah pengurusan Halo Entertainment, Indonesia, manakala urusan promosi di negara ini disempurnakan Padi Records.

“ Sekian lama berehat, saya mula mendapat semangat baru untuk bangkit semula. Semua yang berlaku dulu membuatkan saya lebih berhati-hati,” katanya yang hampir putus asa meneruskan karier pada 2015.

Terbaru, Tegar tampil dengan single terbaru yang merupakan naskah berkisar pengalamannya sendiri.

“ Lagu ini berkisar mengenai hubungan saya dengan gadis yang berasal dari keluarga kaya. Kami saling menyayangi, tetapi kedua-dua orang tuanya tidak bersetuju kerana saya hanya orang biasa.

“Saya sempat berpesan kepadanya supaya jangan lupakan saya kerana dia tetap di hati,” katanya.

Tegar juga memberitahu dia sudah menemui pengganti. Wah, siapa tu Tegar? Untuk Tegar, sukses terus ya dik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Selepas 23 Tahun…Mark Adam Tunai Janji!

Syukur Alhamdulillah Ya Allah…

Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Wed, 10 Jun 2026

“Filem Kita Dah Makin Berkualiti”- Beto Kusyairy Seru Penonton Sokong Karya Tempatan Di Pawagam

Beto Kusyairy menyeru orang ramai terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan di pawagam.

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Song Hye Kyo: “I don’t feel any difference…”

Song Hye Kyo shares how her marriage has affected her latest drama.

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

#BBB2019: Tiga Kali Jadi Juara, Achey Terkejut Menang Lagi!

Gandingan mantap, tahniah Achey & Tauke!

Hiburan Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Remy Ishak Putus Tunang

Walaupun sudah putus, Remy tidak menolak jika dia dan Ezza kembali bersama…

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
error: Content is protected !!