Acara By: Yanie Baharom September 25, 2019 @ 12:00pm

Siapakah wanita yang pernah bertakhta di hati Exists?

Tinggal tiga hari saja lagi bakal berlangsungnya Konsert Reunion Exists, yang menyatukan semua individu penting yang pernah menganggotai kumpulan popular era 90-an itu.

Dibawakan oleh Shiraz Projects, konsert yang dijadualkan berlangsung pada 28 September di Stadium Malawati Shah Alam, itu buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad.

Pasti ramai yang tak sabar untuk menonton konsert itu bukan? Lebih-lebih lagi mereka yang membesar dengan lagu-lagu Exists.

Bersempena konsert berkenaan juga, Hijab & Heels ingin mengimbau ingatan peminat akan lagu-lagu kumpulan Exists yang menggunakan nama wanita sebagai judul.

Antaranya Jesnita, Julia, Kerana Percayakan Siti dan Hani Lempengku Hangus. Desas-desus diawal pelancaran lagu Kerana Percayakan Siti, ia dikatakan mempunyai kaitan dengan Datuk Siti Nurhaliza. Sejauh mana kebenarannya, berita ini kekal sebagai gosip dunia hiburan saja. 

Mungkin banyak lagi senarai lagu mereka yang menggunakan judul nama wanita, walaubagaimanapun yang dipilih ini adalah seleksi lagi hit mereka.

Sebenarnya, penggunaan nama wanita sebagai tajuk lagu bukanlah sesuatu yang baharu. Malah jika diimbas kembali sepanjang zaman industri muzik tempatan, kita akan sedar banyak lagu-lagu di Malaysia ini yang menggunakan nama wanita sebagai subjek utama penceritaan dalam sesebuah lagu.

Nama wanita memang indah, sesuai dengan ciptaan Tuhan terhadap kaum Hawa ini. Maka tidak salah jika ramai penyanyi dan kumpulan muzik yang menjadikan nama wanita sebagai inspirasi dalam menghasilkan sesuatu karya yang indah.

Agar anda tidak canggung saat menonton Konsert Reunion Exists nanti, Hijab & Heels menyediakan senarai lagu yang berkaitan nama wanita sebagai rujukan anda!

1. Jesnita – 2001

Sumber video: YouTube

Jesnita kali pertama terpandang wajah
Terpegun aku dan terpesona
Dengan senyuman dan lirikanmu
Membuat aku telah jatuh cinta

Jesnita mungkinkah dikau
Gadis yang kucari dalam jagaku
Selalu terbayang, termimpi-mimpi
Hingga terbawa di dalam lenaku

Andainya dirimu sudi menerimaku
Kan kumahkotakanmu ratu di hatiku
Biarpun berjuta rintangan yang melanda
Rela kukorbankannya untuk memilikimu

Kau Jesnita setinggi gunung harapan
Bukalah pintu hatimu untuk cinta ini
Biar berkurun lama dikau kunantikan
Semoga impian ini kan menjadi nyata
Bersamamu Jesnita

2. Julia – 2008

Sumber video: YouTube

Tega ku berdiri sepanjang malam,
Mengintai dada langit yang tersergam,
Dengan menitip doa dan impian,
Di saat melintas sang kelodan,
Kau di sisiku sentiasa,
Julia

Kudambakan kita hidup bersama,
Sepasang kekasih teman yang setia,
Asalkan kau sudi,ku kan bahagia,
Kerna ku percaya,
Jiwa kita satu tak terpisah,
Julia

Bila malam mengundang hujan,
Hadiahkan jutaan rintangan,
Niat yang asal tetapkan ku kotakan,
Hendaknya hajat ku kesampaian,
Kau di sisiku sentiasa,
Julia

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu,
Terbukti dunia ku haru biru,
Mudah hilang punca dan arah tuju,
Fikiran meracau tak menentu,
Emosi terganggu
Bantulah aku,
Bantulah oh Julia,

Katakanlah padaku kau juga sama,
Sama merasa sepertiku Julia,
Kita menjejak erti cinta yang sama,
Ooooo…..

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu,
Terbukti duniaku haru biru,
Mudah hilang punca dan arah tuju,
Fikiran meracau tak menentu,
Emosi terganggu
Mengapa bisa jemu,
Mengapa bisa rindu,
Mengapa bisa jadi begitu

3. Percayakan Siti – 2013

Sumber video: YouTube

Kerana percayakan Siti
Lantas kuberanikan diri
Merentasi dunia
Demi mengejar mimpi

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan separuh hari
Ooo

Kerana percayakan Siti
Tercetus revolusi ini
Tapi ironinya cinta kami tak jadi

Kerana percayakan Siti
Kerana terlalu ku kasih
Aku tinggalkan dia untuk suatu hari

Mahu bikin benda seni
Bukan boleh bikin dengan suka hati

Hanya Tuhan saja tahu
Sarat duka aku galas ketika ini
Biar lewat begini
Lihat luruh gerimis

Ku tersentuh lalu menangis
Biar lewat begini
Lihat luruh gerimis
Jiwa ini bagai dihiris

4. Hani Lempengnya Hangus -2014

Sumber video: YouTube

Hani gadis metropolitan
Tahu serba-serbi
Falsafah dan seni juga menyanyi
Pandai ikut rentak

Hani gadis metropolitan
Banyak tinggi baca
Dan jejaki kota-kota dunia
Hidup ikut zaman

Tetapi sayang oh sayang
Dia tak pandai memasak

Oh goreng lempeng lempengnya hangus
Oh goreng lempeng lempengnya hancus
Oh goreng lempeng lempengnya haus
Oh perut ku kosong
(Oh dah bunyi keroncong)
(Apa nak buat)
(Oh namun begitu)

Dia tetap ratuku
Oh dialah satu
Oh dia haniku
Oh dialah ratu
Oh dia haniku

Oh dialah satu
Oh dia haniku
Oh dialah satu
Oh dia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Thu, 7 Mar 2019

Piala Seri Endon 2019 tawar hadiah wang tunai berjumlah RM150,000!

Piala Seri Endon angkat martabat industri fesyen batik negara

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Acara Sun, 19 Jan 2020
Acara Mon, 25 Jun 2018

Promosi Filem Pulang Di Pavilion Kuala Lumpur Happening!

Membayangkan detik cemas dipukul ombak di tengah lautan tanpa mengetahui setinggi dan sebesar mana gelombang ombak, menuntut imaginasi besar buat Remy.

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣