Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin September 19, 2018 @ 3:21pm

#daiTV3 : Tiada Penyingkiran Untuk Pusingan Suku Akhir Pendakwah Nusantara

Minggu suku akhir, mereka diberi tugasan untuk menyampaikan tazkirah dengan tema “Aku Ingin Ke Syurga”.  Pentas  pada minggu lalu juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu nusantara iaitu Tuan Abdullah Tuan Harun dari Thailand.

Tiada penyingkiran di peringkat suku akhir minggu lalu,  empat peserta iaitu Da’i Imran, Da’i Adam, Da’i Syahmi dan Da’i Haziq akan meneruskan persaingan mereka di peringkat separuh akhir minggu ini  untuk merebut tempat ke pentas akhir pada 28 September nanti.

Kemampuan Da’i Akan Terus Diuji

Menurut Ustaz Zarifi Mohamad Daud, sebagai seorang juri nampaknya persembahan mereka begitu memberangsangkan. Dan, mereka juga dilihat sudah mempunyai kemahiran asas sebagai seorang pendakwah. 

“Peserta di peringkat suku kahir ini nampaknya sudah mempunyai kemahiran dan kemahiran tersebut sememangnya telah dikuasai baik dari sudut ilmu-ilmu asas, pengucapan awam, penggunaan pentas dengan penstrukturan isi dan jalan cerita yang baik. Cuma untuk baki dua minggu terakhir ini, saya berharap mereka akan terus fokus. Saya mengharapkan mereka tampil dengan isi tazkirah yang benar-benar berkualiti, yang dapat membantu dalam menyelesaikan masalah masyarakat dan ummat. Saya juga mahu lihat mereka tampil dengan persembahan yang lebih kreatif untuk minggu akhir nanti.” Katanya

Namun, juri berpendapat peserta masih belum cukup diuji. Oleh itu, para juri ingin menguji kesemua peserta dengan memberi tazkirah secara spontan pada sesi imtihan sebagai persediaan mereka untuk ke pentas akhir.

Agaknya siapakah yang layak ke peringkat akhir? Sama-samalah kita saksikan pentas #daiTV3 Pendakwah Nusantara pada 22 September ini. Dan jangan lupa undi #daiTV3 di twitter dan di laman sosial anda. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Ini Pesan Akim Ahmad Paling Win Buat Treehill Band

Akim dilihat memuat naik kenyataan berupa komen tersebut apabila lagu terbaharu ciptaannya berjudul Terbang telah berjaya mendapat lebih 700k tontonan dilaman Youtube sejak ia dilancarkan

Featured Sat, 6 Sep 2025
Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Patutlah Diam, Rupanya Elizabeth Tan…

Lama tak dengar khabar Lizzy kan?

Events Tue, 17 Dec 2019

Air Supply Masih Berbisa, Tinggalkan Momen Manis Buat Peminat Di Malaysia

Air Supply The Lost In Love Experience In Genting Superb!

Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Sat, 6 Dec 2025

“Jika Ada Perkara Baik, Kami Akan Kongsi” – Nora Danish Enggan Ulas Lanjut Hubungan Rapat Dengan Mickey

Menurut Nora Danish, masih terlalu awal untuk dia dan Mickey Ayo berbicara tentang hal yang melibatkan perasaan serta masa depan.

Featured Fri, 19 Dec 2025

Izara Aishah Gelar Netizen ‘Mulut Puaka’ Biadap Gara-Gara ‘Face Shaming’ Sepupu – “Saya Tak Akan Bagi Muka Jika Orang Itu Dibuli Depan Saya”

Izara tegas dengan pendirian untuk tidak teragak-agak melindungi sesiap sahaja yang dibuli dihadapannya.

error: Content is protected !!