Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 20, 2018 @ 3:22pm

Selepas Elly Suriaty, Sahara Yaacob Pula Tunjuk Sokongan Terhadap Najib

Penyanyi veteran 80-an, Sahara Yaacob antara penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyuarakan bantahan terhadap penahanan terbaharu Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), semalam.

Susulan penahanan Najib semalam, Sahara meluahkan rasa kecewa terhadap situasi yang terpaksa dilalui bekas Perdana Menteri itu.

“ Saya ke sini untuk beri sokongan kepada beliau yang mana selama ini Datuk Seri Najib Razak banyak membantu artis-artis veteran.

“ Antaranya, beliau menghantar kami ke Makkah, bantu dalam urusan pencen kami, termasuklah mendapatkan rumah bagi artis veteran.

“ Apabila seorang individu beragama Islam banyak berjasa kepada negara, kita abaikan…ia adalah sebuah kesalahan, sama sekali perbuatan yang salah!,” katanya penuh emosi.

Tambah Sahara, seseorang itu tidak boleh menggelarkan dirinya Muslim apabila melihat seorang pemimpin Muslim yang banyak berjasa dibuli begitu sahaja.

“ Kita ambil hal ini terlalu mudah, ini adalah sesuatu yang tidak bagus. Beliau didera, apa semua ini? Ini semua mengarut.

“ Pemimpin terdahulu bermati-matian membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju, tiba tiba kita sekarang ini kita boleh biarkan kerajaan sekarang mendera Najib Razak. Ingat, apa yang dilakukan terhadap beliau boleh terjadi pada sesiapa pun (rakyat). You better stand up for it!

“ Undang-undang begini sama sekali tidak okay. Selama sembilan tahun beliau bergelar Perdana Menteri, banyak perubahan sudah beliau lakukan.

“ Saya harap anda semua jangan duduk diam, saya tak suka pada tidak keadilan, tolonglah bangkit!,” akhirinya.

Selain Sahara, pelakon Elly Suriaty juga antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Jan 2022

Tahniah! Neelofa Selamat Melahirkan Baby Boy

Tak sabar nak tengok baby boy Lofa!

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

Featured Thu, 23 Jun 2022
Featured Wed, 5 Apr 2023
Selebriti Wed, 17 Apr 2024

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Alamak! Belum hamil anak kedua lagi – Syifa Melvin

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

merasa aiskrim sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Hiburan Fri, 5 Jul 2024

[VIDEO] Cik B Kesal Rakan Baik Curi Hoodie Balenciaga Cecah RM8,000

Nasib baik Allah tunjuk awal siapa kawan yang betul ikhlas dengan Cik B.. Hm 😢

error: Content is protected !!