Fab Foodies! By: SGMS Faida September 23, 2018 @ 1:09pm

Sapuan Losyen Boleh Cegah Kanser Kulit?

Mungkin ada yang menganggap menggunakan losyen perlindungan pancaran sinaran ultra ungu matahari (UV), tidak penting khususnya dalam kalangan lelaki.

Sebilangan individu lebih utamakan mengambil makanan kesihatan tambahan atau pergi ke salun untuk rawatan kulit, tetapi membiarkan wajah terdedah kepada panahan mentari teruk.

Persatuan Kanser Amerika melaporkan, permukaan kulit tanpa perlindungan dan kerap terdedah pada sinaran UV boleh terjejas dan berisiko mengalami kanser kulit.

Pakar Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Hospital pakar KPJ Rawang dan Damansara, Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin, berkata masyarakat di negara ini kurang prihatin untuk mengoles wajah atau tubuh dengan pelindung matahari sedangkan impak pancaran UV boleh menyebabkan kanser kulit.

Katanya, Klinik Dermatologi, Hospital Kuala Lumpur (2006-2014), menyatakan kanser kulit jenis basal cell carcinoma adalah antara serangan lazim dalam kalangan pesakit di negara ini.

“ Dianggarkan 34.9 peratus pesakit mengalami kanser basal cell carcinoma, diikuti cutaneous lymphoma (25.7 peratus) dan squamous cell carcinoma (20.6 peratus).

“ Bagi kes kanser lanjutan seperti melanoma, iaitu bukan kanser umum mencatatkan 5.4 peratus pesakit,” katanya.

Risiko dedah kulit

Dr Aminudin Rahman berkata, individu berkulit cerah lebih mudah mendapat kanser kulit kerana pigmen melanin kulit berbeza sekali gus menjadi penghalang kepada serapan cahaya matahari.

Katanya, lelaki dewasa cenderung kepada kanser itu kerana gaya hidup mereka kerap menghabiskan masa di luar selain tidak mengenakan krim perlindungan kulit.

“ Kulit kerap terdedah terdedah kepada panahan mentari tanpa sebarang perlindungan akan mengalami kesan lebih teruk.

“ Kulit merangkumi lapisan epidermis dan dermis iaitu organ terbesar tubuh untuk perlindungan haba, cahaya matahari, kecederaan dan jangkitan,” katanya.

Dua jenis kanser kulit

Dr Aminudin Rahman berkata, terdapat dua jenis kanser kulit utama iaitu non-melanoma skin cancer (basal cell carcinoma dan squamous cell carcinoma) dan malignant melanoma.

Katanya, melanoma adalah kanser kulit yang serius kerana membesar dan merebak cepat ke bahagian organ tubuh sehingga berisiko maut.

“ Kanser bermula pada bahagian epidermis membabitkan tiga jenis sel iaitu sel skuamos membentuk bahagian luar epidermis dan sel basal di bawah sel skuamos.

“ Melanoma pula berlaku apabila sel kanser terbentuk di bahagian melanocyteyang menghasilkan melanin iaitu warna semula jadi kulit pada bahagian paling bawah epidermis,” katanya.

Melanoma sukar dikesan

Dr Aminudin Rahman berkata, lazimnya melanoma gagal dikesan kerana tumbuh pada bahagian badan yang tidak dapat dilihat seperti belakang badan, tumit kaki, belakang paha dan lengan.

Katanya, melanoma selalunya terbiar sehingga tumbuh besar dan merebak ke salur kelenjar, salur darah dan organ lain sehingga menjejaskan kesihatan.

“Serangan bermula pada bahagian kulit, cutaneous melanoma dan bahagian tubuh lain.

“Bahagian lain kerap menjadi tumpuan serangan kanser itu adalah pada lapisan paling dalam (mukosa) pada hidung, mulut, saluran gastrointestinal, dubur dan kemaluan wanita sebelum merebak ke paru-paru, hati, tulang dan otak,” katanya.

Katanya, berbeza dengan basal cell carcinoma pula terjadi di kawasan terdedah kepada cahaya matahari seperti di pada muka, telinga, tangan dan kelihatan seperti ketumbuhan kecil.

Rutin sihat

Selain rawatan perubatan kanser boleh dicegah menerusi rutin amalan harian dan keseimbangan diet.

“ Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar pelbagai warna mempunyai antioksida yang berupaya mengelak berlaku kanser.

“Amal diet seimbang, elak sajian berminyak dan makanan proses yang tinggi kandungan garam boleh menyumbang pembentukan sel barah secara aktif,” katanya.

Selain itu, katanya immunoterapi antara kaedah rawatan kanser, yang memberikan antibodi yang dihasilkan secara klon (monoclonal antibody).

“ Prosedur ini membantu sistem pertahanan badan melawan antigen pada sel kanser. Rawatan digabungkan dengan kemoterapi.

“ Ia juga berpotensi melawan kanser berbanding rawatan digunakan sekarang, meninggalkan kesan berkekalan selain melanjutkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti hidup pesakit,” katanya.

INFO 

Lindungi kulit

* Losyen pelindung dan penghalang matahari dapat menyerap, memantul atau menyelerakkan cahaya UV.

* Sun Protection Factor (SPF) merujuk kepada jumlah perlindungan tertentu terkandung produk pelindung matahari.

* Bacaan SPF bergantung jumlah angkanya dan bermaksud perlindungan lebih lama terhadap kebanyakan aktiviti luar.

* Guna pelindung memberi perlindungan jalur lebar sinaran ultra ungu A dan B.

* Pengguna yang kuat berpeluh atau terbabit dengan sukan air, produk kalis air adalah pilihan tepat.

Cara menghindari sinaran matahari berbahaya

* Kebanyakan barah kulit berlaku selepas umur 50, tetapi kesan kerosakan akibat matahari bermula pada usia lebih awal.

* Elakkan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu siang.

* Pakaian pelindung seperti topi dan baju berlengan panjang menghalang sinaran matahari.

* Amalkan diet kaya antioksidan antaranya buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

Fakta:

*Krim krim pelindung matahari pertama dikenali sebagai Gletscher CrSTGme atau Glacier Cream.

* Pakar kimia dari Austria Franz Greiter menemuinya sekitar 1962

* Dipelbagaikan fungsinya bertujuan menyerap atau memantulkan sinaran ultra ungu (UV) matahari untuk kesihatan kulit.

* Kajian mengambil masa 30 tahun menyumbang ukuran sapuan piawai di seluruh dunia.

* Ukuran keberkesanan pelindung disapu dengan rata pada dua miligram bagi setiap per sentimeter persegi kulit.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Dec 2018

‘Dulu Saya Marah Bila Dia Muat Naik…Tapi Sekarang…’ Ifan Mohon Netizen Kongsi Gambar Arwah Isteri

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Dylan Sahara. Semoga Ifan terus kuat dalam mengharungi ujian hebat ini. Semangat terus!

LIFESTYLE Sun, 26 Nov 2017

Kenali Tanda-Tanda Awal Anak Autism Atau Tidak Usia 1-2 Tahun

Cabaran untuk membesarkan anak bukannya kecil dan tetiba anak kecil tidak seperti anak yang lain. Ada yang kata mungkin autism jadi bagaimana nak tahu

Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
LIFESTYLE Wed, 24 Oct 2018

Tips Rambut Gugur Ketika Mengandung

Bila rambut mulai gugur sewaktu mengandung menjadikan diri lebih stres.. baca tips untuk bantu anda

LIFESTYLE Mon, 22 Oct 2018

Trend Kahwin Muda Masih Relevan? Tunggu Sampai Usia Korang Cecah 18 Tahun

Boleh diberi kelonggaran yang mahu berkahwin bawah 18 tahun dan perlu bersebab dan perlu ada kelulusan (sokongan) Menteri Besar atau Ketua Menteri.

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

LIFESTYLE Fri, 23 Nov 2018

Petua Tradisional Hindar Bau Badan

Muka handsome tapi sayang bila angkat tangan bau badan semerbak 2 blok

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Cahaya Mata Fri, 2 Jun 2023