Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 25, 2018 @ 1:00pm

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Penyanyi baru Indonesia Sekar Qaanita membuat kelainan dengan melancarkan single pertamanya berjudul Sembuhkan Rindu di Malaysia.

Baru berusia 17 tahun, anak sulung dua beradik ini mempertaruhkan lagu pop balada yang menampilkan duetnya bersama Angga Supernova.

“ Saya memilih Malaysia kerana di Malaysia ramai pecinta muzik Indonesia. Jadi saya dan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk terbang ke Kuala Lumpur dan melakukan promosi di sini dulu.

“ Manakala pelancaran di Indonesia akan dilakukan pada bulan depan, Insya Allah,” kata Sekar yang ke Kuala Lumpur ditemani ahli keluarganya.

Sekar yang mula aktif menyanyi sejak dari bangku sekolah rendah lagi memberitahu dia turut mendapat sokongan daripada guru-guru dan rakan-rakan di sekolahnya.

“ Saya terharu apabila mereka di sekolah turut memberikan sokongan penuh untuk permulaan karier sebagai penyanyi.

“ Di sekolah saya sering menyertai pertandingan menyanyi dan mengikuti kelas vokal. Lama-kelamaan saya sedar untuk serius dalam bidang nyanyian. Bukan untuk suka-suka sahaja,” katanya bersemangat.

Sekar akan berada di Kuala Lumpur sehingga 29 September untuk mempromosikan Sembuhkan Rindu di semua radio dan televisyen tempatan.

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

“ Semoga Sembuhkan Rindu mendapat tempat di hati pendengar Malaysia. Insya Allah single kedua bakal menyusul. Sebuah lagu berentak perlahan pula selepas ini.

“ Saya juga berterima kasih kepada ibu saya kerana memberi sokongan dan idea dalam menghasilkan album mini. Terimalah hadiah pengenalan daripada saya, Sekar Qaanita,” akhirinya.

Semoga terus sukses ya Sekar. Always be humble!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 26 Mar 2019

Make Your Date Night a Very Special One This Weekend with Hannah Lo and Ash Nair

Sometimes, we need other people to help us get more intimate with ourselves.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Berstatus Anak Pendakwah, Syafi Tee Jaga Nama Baik Ayah

Alhamdulillah, dah namanya anak pendakwah terkenal mesti kena jaga baik-baik. Tak gitu?

Featured Fri, 2 Dec 2022

Netizen Kata Lelaki Meroyan Is Real! Adam Shahz Dedah Sudah Hilang Sabar, Dakwa Fatin Afeefa Menipu

Isu rumah tangga diantara pelakon Adam Shahz dan Fatin Afeefa nampaknya masih tidak menemui titik noktah apabila baru-baru ini Adam mendedahkan dia sudah hilang sabar dan tegas dalam mempertahankan haknya. Menurut Adam Shahz, dia tidak […]

Featured Tue, 14 Mar 2023
Events Sun, 9 Feb 2020
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Harap Perkahwinan Kali Ke Tiga Kekal, Radhi OAG Cari Calon Isteri!

Lepas ini kalau boleh saya hanya ingin bercakap mengenai hal kerjaya dan tidak mahu terlalu bercerita tentang hal rumah tangga.

error: Content is protected !!