Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida September 29, 2018 @ 11:00am

#GempaSulawesi: Seorang Meninggal Dunia, 10 Cedera

Sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia dan 10 lagi cedera dalam gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 skala Richter yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada pukul 5.02 petang waktu tempatan (6.02 waktu Malaysia).

Wisma Putra dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa ini.

” Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia diminta supaya sentiasa tenang dan terus mengikuti berita tempatan untuk mengetahui perkembangan terkini berikutan masih terdapat beberapa gempa susulan.

Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Sulawesi Tengah yang memerlukan bantuan konsular hendaklah menghubungi pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi emel [email protected] atau talian +62 813 8081 3036. – BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Jun 2025

“Kalau Ada Rezeki, Saya Akan Umumkan” – Ernie Zakri Bakal Berduet Dengan Siti Nurhaliza?

Ernie Zakri pasang impian duet dengan Siti Nurhaliza dalam album Sahabat

Trending Sat, 23 May 2020
Hiburan Wed, 21 Jan 2026

“Banyak Buaya Tak Berguna Dah Dikorbankan, Sesuai Jadi Handbag” – Ciapan Spontan Fazura Undang Tawa Warganet

Fazura membalas ciapan peminat yang meminta agar koleksi beg tangan dikeluarkan dalam kuantiti banyak

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 4 Jan 2023

Syafiqah Aina Hadiahkan Hafiz Mahamad Ferrari, Mahu Kereta Beri Manfaat Kepada Orang Ramai – “New Year & This Is For You!”

Pada permulaan tahun baru, usahawan kecantikan dan pempengaruh, Syafiqah Aina menghadiahkan suami tercintanya, Hafiz Mahamad sebuah kereta Ferrari berwarna merah. Menerusi perkongsian tersebut, Aina menyerahkan kunci serta merakam reaksi suaminya ketika mendapat kejutan dan hadiah […]

error: Content is protected !!