Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 29, 2018 @ 4:30pm

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan.

“Saya ada bertemu mereka tengah malam tadi. Kedua-duanya menyampaikan salam dan terima kasih kepada semua yang mengirimkan doa.

“Intan pun ada juga berpesan memohon maaf andai dia dan suami ada membuat kesilapan selain menghalalkan makan minum mereka.

“Berbanding Rosman yang agak lemah, Intan sangat bersemangat dan optimis untuk menjalani prosedur berkenaan yang bermula kira-kira jam 8 pagi tadi.

“Alhamdulillah, pembedahan yang mengambil masa tiga jam untuk Intan dan kira-kira lima jam membabitkan Rosman berjalan lancar. Cuma keadaan mereka perlu dipantau dulu sebelum dapat dipindahkan ke wad,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, penyanyi berusia itu mendedahkan mahu mendermakan buah pinggangnya kepada suami yang mengalami masalah kegagalan organ terbabit, akibat kencing tikus.

Rosman yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal terkena kencing tikus, namun jangkitan merebak ke bahagian buah pinggang hingga ia gagal berfungsi sejak tiga bulan lalu.

Keadaan kesihatan suaminya yang merosot secara mendadak mendorong Intan untuk melakukan pemeriksaan bagi mendermakan satu daripada buah pinggangnya.

Akui Rushuhaimin lagi, walaupun berdepan dugaan, penyanyi yang juga rakan dikenalinya sejak bernaung di bawah WEA pada 1986 itu sentiasa positif, malah bersemangat menyebarkan mesej mengenai galakan menderma organ.

“ Intan seorang yang kuat. Dalam menunggu proses pemeriksaan untuk menentukan sama ada ginjalnya sesuai untuk suami, dia tetap turun padang memenuhi undangan persembahan pentas, termasuk kelmarin.

“ Pada masa sama beliau sebarkan mesej mengenai pendermaan organ, lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga terdekat. Beliau turut kerap memberi peringatan berkenaan bahaya kencing tikus,” katanya lagi.

Perkahwinan pemilik nama sebenar Tengku Intan Tengku Abdul Hamid dengan Rosman yang sudah mencecah 34 tahun diserikan empat anak dan seorang cucu. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Al-Fatihah…Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia

Kami dengan rasa sedih ingin mengumumkan bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada Isnin 6 Ogos 2018.

Featured Tue, 24 May 2022
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala, jadi…

Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Hiburan Sun, 13 Jan 2019

ntv7、八度空间「第四届亚洲彩虹盛典」大放异彩!9项入围大获全胜

ntv7和八度空间前天公布获9项提名入围第四届亚洲彩虹盛典,昨晚(12日)在颁奖典礼上写下了傲人的全胜纪录,大放异彩!

error: Content is protected !!