Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2018 @ 6:00pm

Terkejut Ragaman Terus BOOM, Faizal Tahir Berterima Kasih Dengan Nabila Huda

Menyuntikkan elemen reggae dan pop yeh yeh dalam lagu Ragaman, single terbaru Faizal Tahir berjaya mendapat lebih satu juta tontonan di Youtube dalam masa tiga hari sahaja.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini amat berterima kasih kepada pelakon Nabila Huda yang setuju bekerjasama dalam muzik video Ragaman.

“ Nabila pilihan paling sesuai membawa watak isteri dalam video muzik ini. Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila adalah pilihan terbaik,” kata Faizal.

Lengkap dengan pakej berwajah klasik, ternyata pemilihan Nabila merupakan keputusan paling tepat.

“ Nabila ada daya tarikan tersendiri. Mulanya, saya sendiri gementar hendak beraksi di sisinya kerana dia pelakon yang hebat.

“ Tetapi, lama kelamaan keserasian antara kami terserlah. Hasil kerja Nabila memang sangat mengagumkan. Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepadanya.

“Walaupun mendapat banyak tawaran sebelum ini, Nabila belum pernah terbabit dalam mana-mana video muzik. Saya terharu kerana dia memilih Ragaman sebagai video muzik pertama lakonannya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Faizal turut menampilkan dua anaknya dalam muzik video Ragaman.

“ Saya sentiasa mencari peluang untuk membolehkan anak terbabit sama dengan kerja saya. Saya mahu mereka berasakan masing-masing turut membantu saya.

“ Begitupun, membimbing dan mengawal anak kecil untuk melakukan kerja seperti ini bukanlah tugas mudah.

“ Kita memang kena banyak bersabar kerana mereka banyak ragam. Sesuailah dengan lagu Ragaman. Namun, saya suka bekerja dengan anak saya. Ia membuatkan kami lebih rapat sebagai sebuah keluarga,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Mira Filzah Blocked Siapa Tu?

Apapun, semoga yang terbaik buat Mira Filzah!

Featured Wed, 17 Jan 2024

Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Fuh, serius Datuk makin kurus lah pandai Intan jaga😍 Baby bump tu kalau betul alhamdulillah.

Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Wed, 31 Jan 2024
Featured Mon, 12 Aug 2024
Featured Sat, 27 Sep 2025

“Linda Rafar Tampil Mohon Maaf Isu Pakaian Ketat Jadi Bahan ‘Kutukan’ – “Saya Insan Yang Tak Sempurna Dimata Anda”

Linda Rafar tampil memohon maaf susulan isu kontroversi melibatkan dirinya baru-baru ini.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Jayakan Projek ‘100 Lagu 100 Tahun’, Lah Ahmad & Dr Azmeer Beri ‘Penantian’ Nafas Baharu

Dalam versi terbaharu ini, Penantian digubah semula dengan susunan muzik yang lebih segar dan kontemporari.

Featured Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Cantiknya Berbaju Pengantin! Ramai Puji Rupa Paras Siti Khadijah

Pelakon meningkat naik, Siti Khadijah Halim atau lebih mesra dipanggil Siti sememangnya sering mencuri perhatian ramai dengan kecantikan rupa paras semula jadinya. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Siti di platform TikTok yang […]

error: Content is protected !!