Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 3, 2018 @ 11:45am

Rosmah Ke SPRM Kali Ketiga

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di bangunan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada jam 10.42 pagi ini.

Rosmah dilihat masuk ke perkarangan SPRM menaiki kenderaan Proton Perdana dengan diiringi satu lagi kenderaan.

Beliau yang memakai baju kurung dan selendang hijau muda masuk ke lobi Ibu Pejabat SPRM dengan diiringi beberapa kakitangan suruhanjaya berkenaan.

Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.

Ini kali ketiga beliau hadir memberi keterangan di sini dan difahamkan, mungkin kali terakhir Rosmah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum dihadapkan ke mahkamah terhadap beberapa pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Pada 26 September lalu, Rosmah memberi keterangan kepada SPRM hampir 13 jam.

Tindakan memanggil beliau adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Terdahulu, peguamnya, Datuk K Kumaraendran dilihat memasuki bangunan di sini jam 10.04 pagi.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jan 2023

Tak Terlibat Dengan Adegan Panas Filem Pulau, Ini Respons Ikmal Amry – “Siapa Tak Suka, Tak Perlu Tengok”

Filem Pulau yang bakal ditayangkan pada 9 Mac ini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet kerana dakwaan ia mempunyai adegan yang tidak bersesuaian untuk dijadikan tontonan umum. Malah, pendakwah bebas PU Syed yang terkenal dengan […]

Trending Sat, 26 Dec 2020
Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Saya Takut Tak Berkat…” – Bimbang Terbabit Syubhah, Sufian Suhaimi Tak Guna Duit Hasil Menyanyi Untuk Sara Keluarga

Sufian turut mendedahkan dia berpegang teguh pada prinsip untuk tidak menggunakan wang hasil seni bagi membiayai perkara penting dalam kehidupannya termasuk ketika mendirikan rumah tangga.

Trending Wed, 9 Jun 2021

Situasi Covid-19 Negara Kini Berada Pada Tahap Genting

Semoga yang terbaik buat Malaysia

Hiburan Sun, 19 Nov 2023
Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Sat, 3 May 2025

Mawar Rashid Terjerat Cinta Suami Orang?

Mawar Rashid tampil dengan sisi berbeza, bawa watak sugar baby

Trending Wed, 11 Nov 2020
Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

error: Content is protected !!