Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 3, 2025 @ 4:24pm

Mawar Rashid Terjerat Cinta Suami Orang?

Pelakon jelita, Mawar Rashid, tampil dengan sisi berbeza menerusi drama terbaharu, Nikmat Hanya Sesaat yang bakal mencetuskan kontroversi apabila membawa watak wanita simpanan yang terjerat cinta lama dengan suami orang!

Bakal bersiaran menerusi Slot Samarinda TV3 bermula 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, drama 20 episod terbitan Art Ornament ini turut menampilkan gandingan pertama Mawar bersama pelakon kacak, Fadlan Hazim.

“Watak Sara ni sangat mencabar. Nampak kuat tapi dalamnya hancur. Banyak babak yang buat saya menangis dan betul-betul terkesan. Saya yakin ramai wanita boleh rasa apa yang Sara rasa,” ujarnya.

Disutradarai Izuan Mokhtar dan ditulis oleh Amin Shakib, Nikmat Hanya Sesaat bukan sekadar kisah cinta terlarang, tapi juga menyentuh isu sosial seperti tekanan hidup, diskriminasi, dan perjuangan untuk berubah.

Drama ini mengisahkan Sara, bekas gadis biasa yang dipaksa memilih jalan hitam sebagai pelacur kelas atasan demi menanggung keluarga. Hidup mewah bersama Johny (Mutalib Mubin) tidak pernah mengisi jiwanya yang kosong.

Namun semuanya berubah apabila dia bertemu semula Zafrul (Fadlan Hazim) cinta pertamanya yang kini sudah bergelar suami orang, milik Julia (Sherry Ibrahim). Sara bergelut untuk melawan perasaannya, tetapi hati tetap mahu mendakap cinta lama.

Adakah Sara akan terus hanyut dalam cinta terlarang, atau berani memilih jalan keluar?

Turut dibintangi pelakon hebat seperti Arash Mohamad, Lisdawati, Shasha Abedul dan Sherry Ibrahim, drama ini sarat dengan babak emosi, konflik hati dan pilihan yang menyakitkan.

Jangan lupa saksikan ‘Nikmat Hanya Sesaat’ bermula 8 Mei 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam hanya di TV3. Strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton www.tonton.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Feb 2026

“Kifarah Is Real” – Bekas Rakan Baik Tegur Rebecca Nur Al-Islam, Dakwa Sudah Penat Menasihati?

Akaun @hada_princess96 memberi pesanan terbuka agar Rebecca tidak bersikap sombong

Hiburan Wed, 20 May 2026
Trending Fri, 19 Oct 2018
Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Yana Samsudin Terkejut Nama Suami Kena Petik, Dikaitkan Dengan Isu D*dah Ketika Tunai Umrah

Yana Samsudin terkejut nama suaminya, Fadzil Zahari kena petik sebagai selebriti yang ditahan pihak berkuasa kerana memiliki dadah.

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Lebih Pilih Maruah, Shila Amzah Tolak Tawaran RM6 Juta Jadi Duta Iklan Syampu

Shila Amzah tolak tawaran jadi duta produk syampu bernilai RM6 juta

Hiburan Tue, 13 Nov 2018
Hiburan Tue, 23 Sep 2025
Hiburan Tue, 19 May 2026

Ramai Cuba ‘Melobi’ Tawar Wang Cecah RM30 Juta, Adi Putra Tegas Tolak Rasuah Demi Prinsip

Adi memaklumkan tawaran tersebut bukan berkaitan kerjaya seni lakonannya, sebaliknya melibatkan urusan lain yang enggan diperincikan

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Buat Solat Istikharah, Danish Hakim Batal Hasrat Jadi Pelakon

Anak Norman Hakim, Danish Hakim anggap industri hiburan toksik

error: Content is protected !!