Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 8, 2018 @ 1:00pm

Wanita Mengandung Ada Tabiat Pelik Kan? Mawar Rashid Kongsi Pengalaman

Wanita mengandung kebiasaanya berdepan dengan tabiat pelik. Mual dan mengidam makanan yang jarang dimakan ketika belum mengandung, itu hal biasa.

Hal ini tidak terkecuali kepada pelakon Mawar Rashid yang mengidam makanan laut. Malah hidangan makanan laut itu mahu dinikmati di tepi pantai.

“ Sekarang ini saya mengidam nak makan di tepi pantai tetapi memandangkan cuaca tak menentu, ‘mengidam’ itu masih belum ditunaikan.

“ Tak tahulah kenapa rasa macam nak sangat ambil mood makan-makan tepi laut sambil ditiup angin, tunggu sahajalah tiba masanya nanti dapatlah tunai hajat itu,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tambah Mawar di awal kehamilannya, Mawar alah kepada bau minyak wangi dan dapur.

Segalanya semakin okay bila kandungan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memasuki empat bulan.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2017.

Semoga proses kehamilan Mawar berjalan lancar dan kami sendiri tak sabar nak tengok baby Mawar, mesti comel macam mama dia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Ibu Mertua Rugi Ratusan Ribu, Anzalna Sindir Siapa Di Instagram?

Jangan ingat lelaki je boleh buat kerja ni, perempuan pun hebat juga! Siapa yang teraniaya jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Ish…siapa agaknya gerangan orang itu ya?

Hiburan Fri, 27 Dec 2024

Ada Pokok Krismas Dalam Rumah, Ini Penjelasan Sasha Abdul Aziz

Sasha abdul aziz respons isu pokok krismas dalam rumah

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Bila Pakar Cinta Dah Penat Bercinta…

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel. Tak apalah Riri, kumbang bukan seekor kan? Cuba lagi!

error: Content is protected !!