Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 23, 2020 @ 5:59pm

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Buah limau mandarin yang menjadi simbol tradisi masyarakat Cina, cukup sinonim dan sangat popular setiap kali menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

manfaat limau mandarin

Kredit gambar: Pinterest

Bagi masyarakat Cina, buah berwarna oren yang turut dipanggil lokam itu melambangkan kekayaan dan tuah, namun dari segi pemakanan limau mandarin mempunyai khasiat yang amat baik untuk kecantikan dan kesihatan.

Limau mandarin yang tergolong dalam buah-buahan sitrus itu kaya dengan vitamin C dan baik untuk melindungi tubuh daripada serangan pelbagai penyakit seperti masalah jantung dan kanser.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Oh Sempoi

Kandungan hesperidin yang terdapat dalam limau juga bertindak sebagai agen yang bekerjasama dengan vitamin C untuk menggalakkan pembentukan kolagen, sekali gus dapat menganjalkan kulit dan mengelakkan kulit daripada berkedut serta kering.

Hesperiden juga dikatakan mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Selain itu, vitamin C juga adalah agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan memperkuatkan sel-sel kulit bersesuaian dengan peranannya untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Deenamik

Bukan itu sahaja, kandungan vitamin C dalam limau dapat membantu merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan proses penyembuhkan luka dalaman serta luaran.

Limau mandarin baik untuk ibu mengandung, namun pengambilannya perlulah dikawal. Kandungan vitamin B dan asid folik yang terdapat dalam limau menjadi sumber utama bagi mencegah kecacatan bayi dalam kandungan kerana berfungsi membantu membentuk sel-sel baharu untuk pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim dan perkembangan otak janin.

Antara manfaat limau mandarin yang lain ialah membantu menguatkan gigi dan tulang, mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko asma, demam, penyakit brongkitis serta mengurangkan risiko penyakit strok.

manfaat buah limau

Kredit gambar: Penang Kini

Biarpun mempunyai banyak khasiat, anda disarankan untuk membasuh kulit limau terlebih dahulu sebelum mengupasnya memandangkan kebanyakan pengusaha buah akan menggunakan bahan kimia iaitu sulfur dioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit limau daripada dijangkiti bakteria, kulat dan serangga.

Bahan kimia ini dikatakan mampu menyebabkan sakit tekak, batuk kering dan sakit perut. Anda juga tidak digalakkan untuk mengambil limau secara berlebihan untuk mengelakkan daripada risiko kemudaratan yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 12 Nov 2024

Ruhainies Mengaku ‘Penat’, Kini Digosip Pula Bercinta Dengan Azrel Ismail – “Joke Of The Day!”

Ruhainies mengaku penat dengan tindakan segelintir netizen yang suka menyebar fitnah terhadap dirinya.

familuv Thu, 7 May 2020
Featured Fri, 30 Mar 2018

Ini Cara Nak Buat Super Fluffy Omelet, Memang Mudah Dan Sedap!

Ramai di antara kita menganggap makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

Events Mon, 4 Jul 2022

Padah ‘Modified’ Nissan Skyline Jadi Kereta Polis, Peniaga Berdepan Tindakan Tegas

Alamak, kot ya pun janganlah kereta polis abang oiii…

Featured Tue, 10 Dec 2024
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya. 

Featured Tue, 11 Jun 2019

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Kematian misteri Orang Asli Kuala Koh menggemparkan negara

error: Content is protected !!