Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 10, 2020 @ 10:00am

Abam Bocey meninggal dunia, tinggalkan isteri dan bayi lelaki 9 bulan

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian permata seni dalam dunia lawak tempatan, Abam Bocey yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 7 pagi pada Isnin.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.

abam bocey meninggal dunia

Abam meninggal dunia akibat demam panas. Foto: Arkib Hijab & Heels

Pelawak popular yang juga anggota kumpulan Bocey dikatakan mengadu sakit kepala dan demam sejak dua hari lalu, namun tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan juga kejadian pada pagi berkenaan disedari isterinya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali apabila arwah Abam tidak bangun ketika dikejutkan untuk solat Subuh.

Perkara itu turut dikongsi rakan seperjuangannya, Achey menerusi laporan di portal Berita Harian.

“Saya diberitahu adik Abam, Ali Puteh bahawa arwah meninggal dalam tidur selepas waktu subuh tadi. Arwah meninggal dalam keadaan sangat baik.

“Saya dimaklumkan selepas subuh, arwah bangun sebelum membuat keputusan untuk tidur seketika, namun tak sangka tidurnya itu untuk selama-lamanya,” katanya yang bergegas ke rumah arwah selepas mendapat berita itu.

Sementara itu, Achey turut memberitahu isteri kepada arwah reda dengan pemergian mengejut suami tercinta.

“Saya lihat isteri arwah reda dengan pemergiannya,” katanya lagi.

Jenazah Abam dibawa ke Hospital Selayang untuk pengesahan kematian dan tiada bedah siasat dilakukan. Jenazah dibawa ke Masjid Gombak Utara untuk dimandi, dikafan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak selepas Asar.

abam bocey meninggal dunia

Jenazah Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dibawa ke hospital selepas meninggal dunia di kediamannya di Gombak. – Kredit Foto: Asyraf Hamzah NSTP

Pemergian mengejut Abam bukan sahaja satu berita duka buat seluruh warga industri seni, malah satu kehilangan besar untuk industri lawak negara.

Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia sembilan bulan.

Terdahulu, Achey menerusi perkongsian video berdurasi 24 saat di Instagram miliknya dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memaklumkan berita pemergian sahabatnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Selain Achey, kumpulan Bocey turut dianggotai oleh Fad. Bagaimanapun, Fad tidak dapat hadir ke majlis pengembumian Allahyarham Abam kerana sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Tokyo, Jepun.

Menerusi video di Instagramnya, Fad meluahkan rasa hampa dan sedih kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada arwah sahabat baiknya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan semoga roh Allahyarham Abam dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 May 2023

Caprice Berdamai Dengan Anggota Polis Ajak Bagi Penampar, Komen Netizen Ini Curi Perhatian!

Alhamdulillah berbaik dah.. Tapi macam betul yang brader tu komen kan

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Trending Fri, 27 Sep 2019

Kerana Lambat Seminit Hantar Bungkusan..

Hanya kerana lambat seminit dan bukannya disengajakan

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Featured Fri, 30 Dec 2022

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi. Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo […]

Featured Mon, 15 Jan 2024
Selebriti Fri, 17 Nov 2023
Hiburan Thu, 29 May 2025

18 Tahun Hidup Solo, Fauziah Latiff Belum Terbuka Hati Jalin Hubungan Cinta.. Mahu Fokus Jaga Ibu

Fauziah Latiff memberikan keutamaan untuk menjaga ibu yang sudah berusia.

Featured Wed, 9 Mar 2022
error: Content is protected !!