Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 16, 2018 @ 3:00pm

TAHNIAH! Ameer Forteen Umum Kahwin Mac Tahun Depan

Penyanyi Pulangkan Cinta, Ameer Forteen mengumumkan bakal berkahwin pada Mac 2019.

Menurut Ameer atau Ameerais Azhar, dia belum ada Tarikh tepat untuk majlis pernikahan dan ia bakal diberitahu kelak.

“ Setakat ini keluarga masing-masing bersetuju untuk memberikan tempoh empat bulan sebelum kedua-duanya disatukan.

“Alhamdulillah, majlis pertunangan yang diadakan secara kecil-kecilan berjalan lancar. Kedua-dua keluarga juga bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan kami dalam empat bulan dari sekarang,” katanya.

Tambah penyanyi berusia 28 tahun itu, dia sendiri tidak mahu menangguh lagi tarikh perkahwinan memandangkan usia semakin meningkat.

Pasangan ini telah melangsungkan majlis pertunangan dengan Siti Nur Naja’a pada Sabtu lalu.

Ameer berkata, dia mula mengenali tunangnya menerusi laman sosial pada Ramadan tahun lalu.

“ Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, bertanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ. Sejak itu, kami mula berhubung dan tak sangka pula sebenarnya dia juga selalu datang ke acara saya hadiri,” katanya.

Ameer memberitahu, sikap Naja’a yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya seninya membuatkan dia jatuh hati pada gadis berkenaan.

“Dia seorang yang sangat memahami diri saya. Selepas mengenalinya, keyakinan saya bertambah sebanyak 200 peratus. Dia juga seorang yang selalu menggembirakan saya apabila ditimpa masalah.

“Selain itu, dia seorang yang sangat cantik pada pandangan mata saya. Malah, sikapnya yang mementingkan keluarga antara faktor membuatkan saya yakin, dialah wanita pilihan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Forteen akan muncul bersama single baharu.

“Single itu sebenarnya sudah siap, namun kami hanya akan melancarkannya apabila komitmen kumpulan ini bersama program terbabit selesai.

“Menerusi single itu nanti, peminat boleh mengharapkan sesuatu yang segar daripada kami,” katanya. – BH Online.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 May 2018

Takziah buat Aunty Lai Meng’

Pelakon wanita veteran negara, Datuk Lai Meng Yi yang lebih dikenali sebagai Lai Meng Yi atau ‘Aunty Lai Meng’, meninggal dunia pada usia 90 tahun, Ahad malam.

Hiburan Thu, 19 Aug 2021

Kempen Kita Malaysia #BaikSemula Sebar Semangat & Inspirasi Dalam Menyambut Bulan Kebangsaan 2021

Setiap kali menjelang bulan Ogos, pastinya negara kita meriah dengan kibaran Jalur Gemilang di merata tempat. Walaupun kali ini menjadi tahun kedua kita menyambutnya secara sederhana akibat penularan virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan dan […]

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Berlepas Ke Tanah Suci Pagi Tadi, Zaquan Adha Mohon Doa Peminat

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn.

Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Events Thu, 9 Jan 2020

李心洁自认与角色相符!若年轻30岁张艾嘉会抢演角色

李心洁自认与《夕雾花园》角色相符!张艾嘉自嘲若年轻30岁,会与李心洁抢演角色。

error: Content is protected !!