Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 20, 2018 @ 12:32pm

Rahsiakan Pertunangan? Akhirya Elfira Loy Bercerita Juga

Selepas lama berteka teki akhirnya pelakon jelita, Elfira Loy atau lebih mesra disapa sebagai El membuka mulut perihal pertunangannya dengan jejaka bernama Muhammad Faris Khairol Anuar.

Mengakui majlis itu diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat sahaja, Elfira Loy sendiri hairan bagaimana berita itu boleh tersebar.

“ Berita pertunangan tersebar bukan dari saya. Jangan salah faham, saya tak pernah lari. Tak ada orang yang datang kejar dan tanya pun.

“ Rancangan awal hanya untuk merisik sahaja pada mulanya tetapi pihak keluarga lelaki minta untuk bertunang terus,” katanya ketika ditemui di di Majlis Pengumuman Pemenang Kempen #ThroughTheLens Make Stories Happens AirAsia di Kota Damansara, semalam.

Akui pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2011 ini masih dalam proses mengenali hati budi jejaka yang masih baru dikenalinya itu.

“ Doakan yang terbaik untuk kami berdua ya,” katanya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi dan putus pada Februari 2018.

Rata-rata peminat terkejut apabila Elfira sudah menemui pengganti dalam masa singkat namun dalam masa sama, peminat gembira dan mendoakan kebahagiaan Elfira dan tunangnya, Muhammad Faris. 

Kahwin jangan lupa jemput ya El! Hehe

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi Dalam Bru! Drama Komedi Baharu Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton

Shukri Yahaya, kembali menghiasi kaca TV menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Bru

Featured Thu, 11 Jul 2024
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Events Wed, 29 Jun 2022
Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

Akhirnya…Tahniah Mat Dan!

Lelaki Inggeris yang berasal dari Bristol, Britain itu telah memenuhi kesemua kriteria ditetapkan termasuk sumbangan diberikan dalam mempromosikan Terengganu dan Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.

error: Content is protected !!