Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom March 6, 2020 @ 12:46pm

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Tanya soalan tapi bunyinya seperti menuduh. Bila si anak berkelakuan defensive kerana cuba mempertahankan dirinya, ibu bapa pula menganggap mereka sudah pandai melawan.

Contoh soalan yang kedengaran seperti menuduh adalah seperti begini, “Kenapa Ryan buat macam itu, ibu nak tahu, cuba beritahu ibu”.

Meskipun mungkin anda bertanyakan soalan kepada si kecil dengan nada yang sopan tetapi perkataan kenapa atau mengapa menyebabkan si kecil berasa seperti satu tuduhan.

Oleh yang demikian, bagaimanakah cara terbaik untuk bertanyakan soalan kepada anak?

Mungkin ibu bapa boleh menggunakan pendekatan seperti ini; “Semasa Ryan buat benda itu, apa sebenarnya yang Ryan cari? Ryan tahukan bahaya panjat tempat tinggi dan sekarang dah luka kaki tu”.

Satu perkongsian menarik dari Professor Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose, yang sudah lama berkecimpung dalam bidang Pembangunan Modal Insan serta pendidikan.

Foto: Ibu Rose

“Pernah berlaku kepada suami saya semasa bermain dengan cucu sulung, Az-Zahraa. Sedang bermain, tiba-tiba cucu tadi memukul wajah suami. Lalu suami terkejut lalu terus bertanya kepada cucu kenapa dia buat begitu?. Namun disambut dengan reaksi wajah hairan, apakah perbuatan memukul itu salah?

“Menyedari hal itu, ibu Az-Zahraa terus bertanya kepadanya ‘bila sayang (Az-Zahraa) buat begitu, apa yang Az-Zahraa maksudkan?’.

“Cucu saya menjawab, it is a happy hit atau maksudnya ‘main pukul-pukul’.

“Mendengarkan jawapan Az-Zahraa, suami saya terus meminta maaf kerana berasakan caranya bertanya soalan kurang tepat sehingga membuatkan cucunya tersentak, sedangkan A-Zahraa hanya mahu bergurau. Sementara Az-Zahraa ditegur oleh ibunya bahawa perbuatan memukul itu tidak patut dilakukan,” kata Ibu Rose.

Foto: Romper

Pengajaran yang boleh diambil melalui perkongsian Ibu Rose ini, banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak.

Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 27 Aug 2025

“Kurangkan Memandai, Tak Payah Tulis Macam Hidup Tu Sempurna Sangat” – Abby Abadi

Abby Abadi menegur segelintir pihak yang bertindak seakan-akan mengetahui kehidupannya.

#SkoolXTRA Tue, 11 Apr 2023
Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Featured Tue, 4 Oct 2022

“Boleh Cop Jadi Menantu” – Netizen Usik Elfira Loy Supaya Berbesan Dengan Mira Filzah

Wahh kecil-kecil lagi dah dijodohkan 😅 Comel betullah Amir dengan Aria ni! 😍

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!