Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 24, 2018 @ 12:56pm

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Buat julung kalinya, Anugerah Skrin 2018 bakal menyaksikan tiga kategori baharu di bawah kategori drama iaitu Drama Rantaian Terbaik ( Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian.

Secara keseluruhan, ASK 2018 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Malam anugerah ASK 2018 bakal menyaksikan 24 kategori dipertandingkan manakala pemenang enam lagi kategori Bukan Drama akan diraikan di sebuah slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada 28 Oktober (Ahad) bermula jam 12 tengahari sehingga 1.30 tengahari.

Selain Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu TV3, NTV7, TV9 dan 8TV, ASK turut disertai oleh rakan penyiar lain seperti ASTRO AEC, Bernama, RTM dan TV Al-Hijrah.

Anugerah berprestij edisi ke 22 ini TIDAK akan menampilkan hos utama bagi mengendalikan pada malam kemuncak tersebut.

Sebaliknya, seramai 12 penyampai anugerah dibarisi oleh Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah Macwilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Sharnaaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar akan diberi mandat untuk mengemudi acara penuh prestij itu.

Dalam pada itu, acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Malam gemilang itu turut dimeriahkan dengan barisan persembahan penyanyi terkenal seperti Wany Hasrita, Ernie Zakri, Shiha (tribute to Allahyarham Pak Ngah), Jaclyn Victor & Elvira, Altimet ft Amelia Handerson, Raja Shahiran & Shawn Lee, Andrew Lee (silap mata), tarian Alpha Movement dan kumpulan OAG.

Jangan lupa untuk terus melekat di kaca TV anda pada 2 November depan bermula jam 9 malam!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Tue, 9 Jun 2020

Kebenaran Untuk Ke Luar Negara Kini Dibenarkan Kepada…..

kebenaran ke luar negara hanya dikhususkan kepada….

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Thu, 30 May 2019

Jom Tengok I Can See Your Voice Musim Kedua Bermula 23 Jun Depan!

Lebih drama, lebih menarik. Korang jangan lupa tengok okay bermula 23 Jun ini, setiap Ahad jam 9
malam hanya di TV3!

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Featured Tue, 19 Nov 2024
Featured Tue, 28 Sep 2021
Featured Tue, 7 Apr 2026

“Manipulasi Emosi, Sampai Mamp*slah Hidup Jadi Orang Bersalah” – Kaka Azraff

Penyanyi, Kaka Azraff meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang gemar memanipulasi emosi apabila berdepan masalah.

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
error: Content is protected !!