Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida October 29, 2018 @ 4:04pm

#UPDATE; Bukan Pesawat Lama, Lion Air Sahkan JT 610 Baru Diguna Sejak Ogos 2018

Lion Air mengesahkan pesawat yang terhempas dalam kejadian pada pukul 6.33 pagi tadi adalah sebuah pesawat baharu.

Pesawat berkenaan mula melakukan operasi penerbangan pada 15 Ogos 2018.

Difahamkan, pesawat itu membawa 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan dua bayi.

Pesawat dikendalikan Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino, bersama enam anak kapal iaitu Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula.

Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang membawa 181 dan lapan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempas di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi tadi dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia barat (8.10 pagi waktu Malaysia).

Menurut jurucakap Komunikasi Stategik Korporat Lion Air Danang Mandala Prihantoro, pesawat itu direkodkan dalam keadaan baik sebelum berlepas.

“Juruterbang sudah memiliki jam penerbangan lebih dari 6,000 jam terbang, dan pembantu juruterbang mempunyai lebih dari 5,000 jam penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Lion Air telah membuka pusat operasi berhubung nahas itu dan anggota keluarga boleh menghubungi pusat berkenan di talian (+62) 021-80820000 atau (+62) 021-80820002 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (BASARNAS) dalam satu kenyataan berkata pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

Setakat ini tiada makluman rasmi berkenaan jumlah korban, namun dikhuatiri semua penumpang dan anak kapal terkorban dalam kejadian itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 9 Jul 2023
Hiburan Mon, 11 May 2026

Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

Ozlynn mengakui kurang selesa untuk memperbesarkan perkara itu kerana mahu Azar menjalani kehidupan dengan tenang

Featured Sat, 26 Oct 2024

Titip Ucapan Hari Lahir, Cik B Sifatkan DSV Ibu Tunggal Terpaling Hebat

Selamat ulang tahun DsV! Sebak pula ucapan cik b ni ek🥹🥹🥹

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 23 Mar 2023

“Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Siapa je tak sedih… moga yang terbaik buat mereke sekeluarga

Trending Fri, 23 Oct 2020

ABPBH33 Dah Makin Dekat, Jom Semak Cara Undi Artis Kegemaran Anda

Korang rasa siapa yang bakal jadi wajah baru ABPBH?

error: Content is protected !!