Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 31, 2018 @ 4:05pm

#DramaTonton; MATA KETIGA Bakal Goncang Emosi Bermula Hari Ini!

Seram! Sebuah video penampakan lembaga berambut panjang kelihatan dalam sebuah video berdurasi 0.34 saat.

Video perkongsian seorang warga Twitter yang menggunakan akaun Azmiera Azwar ini turut mendapat hampir seribu ulang siar (retweet) sejak ia dimuatnaik pada 24 Oktober lalu.

Gambaran di atas mungkin tidak begitu jelas untuk dilihat namun rata-rata netizen meninggalkan komen yang berkait dengan perbuatan syirik.

Ritual ini mungkin dianggap kolot di zaman moden ini namun realitinya yang sekali berlawanan dengan hukum syarak.

Gambaran mengenai perbuatan ini boleh ditonton menerusi drama Mata Ketiga arahan Pengarah, Kumaresan.

Naskah bergenre seram ini bakal mengupas lebih mendalam tentang kesanggupan manusia yang tidak berpuas-hati dengan apa yang mereka ada.

Mata Ketiga mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faizul di mana hijab matanya dibuka kerana keturunannya juga boleh melihat perkara sama.

Tidak tahan dengan ‘anugerah’ itu, sahabat Faizul membawanya pulang ke kampung untuk berjumpa bomoh. Namun, hijab matanya yang dicuba tutup terbuka semula. Mampukah Faizul bertahan dengan semua ini? 

Drama 10 episod ini bakal bersiaran di Tonton bermula hari ini (31 Oktober) pada jam 12 tengahari. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton dari Google Play Store & App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Featured Wed, 27 Aug 2025

“Arwah Hidap Kanser Disember Tahun Lalu & Sudah Merebak” – Anuar Zain

Kata Anuar, segala proses pengurusan jenazah dipermudahkan dan berlaku dengan sangat pantas.

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Drama Paling Gedik Pernah Kami Buat..”- Kelainan Drama SitikTok Curi Perhatian Penonton

Drama terbaru yang ditayangkan di TV3 SiTikTok yang baru sahaja menemui penonton pada 22 Julai lalu ternyata mencuri perhatian ramai di media sosial. Drama bersiri 16 episod yang diarahkan oleh Joon Goh ini menampilkan pelakon-pelakon […]

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Bukan Sebab Orang Ketiga’- Sam Bunkface Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Sam menyifatkan masalah sebagai asam garam dalam kehidupan perkahwinan.

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

Hiburan Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!