Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 17, 2018 @ 1:17pm

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Sering tampil dengan lagu bergenre ‘meleleh’, penyanyi Syamel membuat kejutan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 33 menerusi Kau Pun Sama.

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

“ Ini merupakan cubaan pertama saya membawakan lagu fast beat. Jika ada rezeki ke peringkat akhir, saya akan cabar diri untuk membuat sesuatu yang lebih baru dan segar.

“ Rata-rata peminat memberi komen yang sangat positif terhadap persembahan saya sebentar tadi. Ini menguatkan semangat saya untuk mencuba lagu-lagu rentak begini,” katanya ketika ditemui sejurus tamat persembahan di separuh akhir Muzik Muzik 33 di Sri Pentas 2, semalam.

Tambah Syamel, dia juga reda dan tawakal dengan keputusan yang akan diumum pada 23 November nanti.

“ Jika ada rezeki, adalah. Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sudah buat sehabis baik sebentar tadi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syamel bersama komposer Omar K, Ikhwan Fatanah kini dalam rangka menyiapkan single terbaru yang bakal dinyanyikan oleh Ernie Zakri.

“ Selain lagu untuk Ernie, saya juga akan tampil dengan lagu duet terbaru tak lama lagi. Cuma teman duet itu saya kena rahsiakan dulu. Doakan agar semuanya dipermudahkan,” akhiri Syamel.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Jun 2019
Events Sun, 1 Sep 2019

陈昇火辣钢管舞尽显「顽童本色」!承诺会再来唱

「音乐顽童」陈昇出道30周年《华人公寓》巡回演唱会,从去年开始巡回,今年终于与马来西亚「住客」见面,这也是他首次正式在大马开唱……

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Apapun, kita tunggu jawapan Ayda Jebat lepas ni okay

error: Content is protected !!