Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 15, 2020 @ 10:00am

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Kesan parut akibat pembedahan Caesarean adalah antara kenangan seumur hidup yang pasti meninggalkan kesan mendalam terhadap wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan.

tip hilangkan parut keloid

Kredit gambar: DW

Parut yang timbul bukan sahaja melambangkan perjuangan dan pengorbanan besar seorang ibu, malah ia satu tanda yang harus dibanggakan oleh setiap ibu.

tip hilangkan parut keloid

Kredit gambar: Alodokter

Bagaimanapun, kehadiran parut serta keloid iaitu bekas luka yang timbul pada permukaan kulit selepas pembedahan kadang kala memberi ketidakselesaan kepada si ibu.

Berikut adalah cara untuk mengurangkan kesan parut dan membantu merawat keloid dengan berkesan:

1. Krim vitamin E

tip hilangkan parut keloid

Kredit gambar: Sky News

Penggunaan krim vitamin E mampu menghilangkan rupa parut dengan menghalang tisu parut daripada berkembang.

2. Madu

tip hilangkan parut keloid

kredit gambar: Shutterstock

Madu cukup terkenal sebagai bahan semula jadi untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit. Sapu madu asli pada parut dan urut lembut lebih kurang 30 minit.

Bilas dengan air dan lakukannya sebanyak dua kali sehari selama beberapa minggu bagi mengurangkan bengkak, bekas keloid dan membantu perkembangan tisu baharu.

Madu juga mampu merawat sel mati pada kawasan luka, meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Urutan

Mengurut dengan losen pada bahagian parut menggunakan tekanan yang lembut secara perlahan-lahan beberapa kali sehari mampu melembutkan parut dan memecahkan tisu parut.

4. Bawang putih

tip hilangkan parut keloid

Kredit gambar: The Spruce Eats

Ambil dua ulas bawang putih dan sapukan pada bekas parut selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan lap sehingga kering. Lakukan sebanyak dua kali sehari. Bawang putih dapat membantu penyembuhan luka dan bekas keloid.

5. Lidah buaya

tip hilangkan parut keloid

Gel lidah buaya mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang mampu membantu penyembuhan keloid pada tahap awal, mengurangkan rasa sakit dan juga keradangan.

Caranya, potong daun lidah buaya dan ambil gelnya. Bersihkan kawasan keloid dengan air suam dan sapu gel lidah buaya pada bahagian tersebut. Biarkan selama 30 minit dan bilas bersih. Lakukan sebanyak dua kali sehari untuk kesan yang lebih baik.

tip hilangkan parut keloid

Kredit gambar: Dermatix Malaysia

Semoga Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia yang disambut setiap April dapat memberi manfaat mengenai Caesarean kepada masyarakat semua.

Kredit sumber: the Asianparent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Thu, 8 Dec 2022

Dedikasi Ucapan Hari Lahir Buat Isteri, Warganet Akui Anwar Ibrahim Lelaki Sejati Buat Azizah

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi bualan netizen kebelakangan ini.   View this post on Instagram   A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman […]

Featured Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!