Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 19, 2018 @ 4:51pm

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Penyanyi Izzue Islam mengumumkan penarikan diri daripada kumpulan Forteen, semalam.

Keputusan Izzue bukan hanya mengejutkan peminat malah anggota Forteen sendiri.

Salah seorang anggota Forteen, Ariz Lufias mengaku ada timbul sedikit salah faham namun keputusan Izzue itu dianggap kurang bijak dan terburu-buru.

 “ Ini bukan gimik dan kami sangat terkejut. Memang ada sedikit insiden berlaku antara kami, tetapi untuk dia buat keputusan begitu tanpa berbincang adalah sesuatu yang mengejutkan.

“Lumrah sesebuah kumpulan muzik akan ada masalah dan salah faham. Cuma, sebelum ini, kalau ada apa-apa masalah, kami akan berbincang.

“Ini kerana kami sudah tujuh tahun bersama dan sudah macam adik-beradik,” katanya kepada BH Online.

Ariz berkata, anggota kumpulan itu digabungkan pada sesi uji bakat dan cukup mengenali antara satu sama lain.

“Kalau ada masalah, kami berbincang dan apabila timbul masalah kecil macam ini, ia cukup mengejutkan kami.

“Kami pernah tanya Izzue ketika bertarung dalam GV5, kalau ada masalah bagi tahu dan kita boleh berbincang.

“Setiap kali nampak dia lain macam, kami akan bertanya dan ajak berbincang. Kami sudah rancang macam-macam projek selepas GV5, tiba-tiba jadi macam ini,” katanya.

Akan bersemuka dengan vokalis itu, Ariz bagaimanapun berkata, dia dan teman-teman mahu memberi masa kepada Izzue untuk bersendirian dan bertenang.

Tambah Ariz, Forteen bagaimanapun akan bergerak secara bertiga membabitkan dirinya, One dan Ameer.

“ Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan,” katanya.

Ariz berkata, Izzue adalah vokalis utama kumpulan dan bakatnya sangat diperlukan.

“ Kalau Izzue anggap dirinya sudah tak ada fungsi dalam Forteen, mana mungkin dia mampu berada bersama kami selama tujuh tahun,” katanya.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Remaja 19 Tahun Beranikan Diri, Naik Bas Seorang Diri Dari Selangor Ke JB Untuk Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM

Remaja 19 tahun yang berasal dari Selangor mengambil langkah berani berkelana ke JB dengan menaiki bas seorang diri, cuba nasib uji bakat OIAM!

Hiburan Mon, 15 Dec 2025

PU Amin Bersuara Isu Kelas Agama Cecah Harga Mahal – “Bukan Sekadar Bayaran Kosong Semata-Mata”

PU Amin menyifatkan kelas agama berbayar bukan sekadar bayaran kosong semata-mata

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

“Tak Banyak Saya Boleh Buat Untuk Tunjuk Rasa Terima Kasih Pada Siti Nurhaliza” – Faizal Tahir

Faizal Tahir hargai jasa dan pengorbanan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang bergelar anak seni

Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Kumpulan BTS Kalahkan Ariana Grande Di Twitter?

WOW! BTS turut mengalahkan beberapa akaun Twitter milik selebriti popular antarabangsa, rapper Kanye West, @KanyeWest, yang berada di tempat kedua.

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Jelas Kelihatan ‘Baby Bump’ Anak Kedua, Netizen Usik Intan Ladyana – “Tak Boleh Nak Cover Dah”

Makin berseri-seri wajah ibu mengandung ni kan.. Semoga dipermudahkan urusan Intan bersalin

Featured Sun, 29 Jun 2025
error: Content is protected !!