Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida November 22, 2018 @ 12:19pm

Soal Rumah Tangga? Sorry, Tiada Jawapan Lagi Daripada Alyah Lepas Ini

Dua hari lalu, penyanyi Datin Alyah ada meninggalkan komen ‘sinis’ di akaun Instagram suaminya yang merupakan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

Komen berkenaan menjadi bualan netizen apabila membayangkan Alyah sudah hilang sabar dengan sikap suaminya. 

Semalam, Alyah sekali lagi meluahkan rasa dengan memohon maaf sekiranya komen tersebut mencetuskan kontroversi.

“ Mesti ada hari buruk kita dalam sepanjang 12 bulan itu. Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya sepanjang tahun ini.

“ Sebelum saya meninggalkan komen itu, saya pasti dengan apa yang saya buat dan mengetahui akibatnya.

“Saya tiada niat nak mengaibkan sesiapa dan ini tidak terjadi setiap hari.

“Setelah lapan tahun saya sering menjawab pertanyaan ramai mengenai soal rumah tangga saya, sekarang saya takkan lagi lagi menjawab segala persoalan itu, terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya,” tulisnya yang turut memohon maaf menerusi kapsyennya di Instagram.

Terdahulu, Alyah turut meluahkan perasaan yang membayangkan dia sudah penat hidup dalam berpura menjadi bahagia.

“ Pura-pura bahagia itu PENAT,” tulisnya ringkas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 11 Dec 2024

Sama-Sama Kongsi Rezeki, Famili Jadi Kekuatan Kak Nona – “Contohnya, Kalau Buat Event.. Tak Lengkap Kalau Tak Ada Kak KM”

Kak Nona mendedahkan famili menjadi pendorong terhadap setiap perkara yang dilakukan.

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Doa Termakbul, Watie Hanifiah Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Ibu 

Watie Hanifiah syukur impian dan doanya di tanah suci kota makkah tahun lalu akhirnya termakbul

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

汇集各国影视人才!第三届马来西亚国际电影节办一系列电影座谈会

马来西亚国际电影节联手国家电影发展局(FINAS)举办一系列电影座谈会,邀请各国影视人才,探讨电影中的奥妙与启发。

Hiburan Fri, 17 May 2019

‘Kalau Boleh Nak Yang ‘Evergreen’- Kaka Pening Pilih Nama Anak

Saya sudah membuat imbasan jantina kandungan cuma buat masa ini hanya ibu mertua sahaja yang tahu jantina bakal anak.

error: Content is protected !!