Euforia Bola 2026
Featured By: Fadzlena Jafar April 23, 2020 @ 7:24pm

Tiada solat tarawih dan majlis berbuka puasa di masjid mahupun surau

Semua surau dan masjid di negara itu tidak dibenarkan untuk menganjur majlis berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan tahun ini bagi mengelakkan perhimpunan yang mungkin menyebabkan penularan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, berkata ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini dengan mengambil kira pelbagai aspek.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pada sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, meskipun jumlah jangkitan baharu COVID-19 semakin menurun, Kerajaan bimbang solat berjemaah di surau atau masjid boleh menyebabkan penularan baharu wabak berkenaan.

“Kita tidak halang untuk beribadat, yang kita tekankan di sini ialah sembahyang seperti biasa. Jika hendak bersembahyang berjemaah di rumah juga dibenarkan iaitu di rumah masing-masing kerana keluarga pasti tahu keadaan kesihatan setiap ahli keluarga.

“Cuma yang kita jaga ialah konsep sembahyang  berjemaah beramai-ramai yang jumlahnya cukup besar dan mungkin membawa pada tersebar semula wabak COVID-19. Natijahnya, perkara ini (wabak) tidak selesai dan mungkin berpanjangan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai ura-ura beberapa pihak yang tetap ingin menganjurkan solat tarawih di surau atau masjid sepanjang Ramadan ini.

 

Orang ramai dicadangkan upsaya solat tarawih berjemaah di rumah bersama keluarga msing-masing. (Gambar hiasan/NSTP)

Beliau berkata, keputusan yang sama turut diambil beberapa negara Islam khususnya di rantau Arab, malah kebanyakan ulama dunia turut mengeluarkan fatwa supaya tiada solat tarawih di masjid sepanjang Ramadan ini.

Katanya, ketika ini masyarakat dunia termasuk di Malaysia sedang memasuki Ramadan pada era norma baharu, iaitu tiada solat fardu mahupun solat Jumaat di masjid, malah tiada majlis berbuka puasa di surau dan juga moreh selepas tarawih dalam tempoh PKP ini.

“Menjaga agama dan menjaga nyawa adalah amat penting. Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid di negara-negara Arab turut mengambil cara yang sama supaya sembahyang di rumah buat masa ini. Yakinlah Allah melihat apa yang kita lakukan dan mendengar apa yang kita doakan.

“Tetapi hidupkan ibadah dan tradisi Ramadan dengan dibawa ke rumah kita. Kita semua hendaklah beribadat dalam Ramadan seperti sedia kala kerana ia adalah usaha memelihara agama dan juga dalam makasid syariah.

“Saya dengan rendah hati memohon kepada rakyat Malaysia supaya patuhlah kepada apa yang ditetapkan Kerajaan dan kedua, berdoalah kepada Allah supaya mudah-mudahan wabak ini selesai kerana kita rindukan masjid dan surau. Semoga masjid boleh beroperasi seperti sedia kala apabila kita selamat daripada wabak ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Featured Mon, 30 Jun 2025

Universal Music Malaysia Umum Kerjasama Strategik Dengan Faithful Music

Universal Music Malaysia umum ambil alih Faithful Music Malaysia.

Trending Sat, 17 Apr 2021

Bantuan One-Off RM500 Buat Pesara Polis, Bayaran Fasa Pertama Bermula Sehingga…

Alhamdulillah… Bantuan one-off buat pesara polis kita

Filem Wed, 15 May 2024
Trending Mon, 22 Jan 2018

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

“Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,” Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Featured Mon, 8 Sep 2025

Hamil 4 Bulan, Alif Satar Bangga Isteri Berjaya Tamatkan Larian 10 Kilometer

Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid, 41, berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer.

Hiburan Thu, 9 Apr 2026

“Dulu Dengan Nelydia Sama-Sama TTC, Sekarang Tinggal Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” – Aprena Manrose

Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025

Trending Mon, 20 Sep 2021

Pangkor, Redang, Tioman Dijangka Dibuka Dalam Masa Terdekat

Selepas Pulau Langkawi dibuka kepada orang ramai semenjak 16 September lalu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman pula menjadi antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka dalam masa terdekat. Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan […]

error: Content is protected !!