Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 4, 2018 @ 10:50am

Dari Penyanyi Popular Ke DJ Orang Kahwin, Siapa Orangnya?

Kumpulan ini sangat terkenal di era 90 an. Penampilan terkini Lan atau nama sebenarnya Norazlan Abdul Aziz tidak lagi dapat dilihat di pentas hiburan tetapi di majlis perkahwinan. 

Pelantun lagu “Itik Gembo-Gembo” dan “Darjat” ini sempat berkongsi perjalanan hidupnya yang diakui ada pasang surut.

Lann kini meneruskan kehidupan sebagai deejay kenduri kahwin dan juga menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan sistem bunyi miliknya.

“Alhamdulillah…ada rezeki saya untuk cari makan dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni.

 “Wang pampasan pengambilan tanah sebanyak 50 peratus untuk peneroka Sungai Buaya dimanfaatkan oleh saya untuk beli peralatan ini.
 
 “Kosnya tidaklah terlalu besar. Selain itu saya juga gunakan sebahagiannya untuk wujudkan studio sendiri di rumah,” katanya

Lann berkata, dia memilih karier ini selepas penat mencuba nasib dalam pelbagai bidang lain.

“Saya pernah menceburi perniagaan berkonsep Multi Level Marketing (MLM). Nak kata tiada untung tak juga kerana saya masih berjaya dapat wang.

“Tapi saya tak bertemu kepuasan kerana ia satu benda yang tak habis. Lagipun apabila menceburi perniagaan, saya dah mula jauh daripada bidang seni.

“Akhirnya saya buat keputusan kembali kepada bidang seni yang memang sangat diminati oleh saya,” katanya.

“Saya hanya mempromosikan di laman sosial Facebook. Alhamdulillah tempahan sudah mula diterima sehingga Februari nanti.”

“Seronoknya saya dapat kembali mendekati masyarakat. Persoalan mengenai perasaan malu atau ‘segan’ saya tolak tepi kerana yang penting saya cari rezeki halal untuk menyara keluarga.

Menurut Lann, 49, dia bergerak sendirian sejak Oktober lalu dan setakat ini khidmatnya mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat di Rawang dan di luar. Lann sudah berkahwin dengan Siti Nur Ain Daut, 30, dan dikurniakan dua anak, Putera Muhammad Darwish, 7, dan Puteri Nur Darwisya – Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Mon, 3 Dec 2018

Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bertunang

Wah, tak sangka Eyra dah jumpa jodoh beliau. senyap-senyap je kan?

Featured Thu, 15 May 2025
Featured Tue, 9 May 2023

Atas Sebab Cinta & Kasih Sayang Kepada Bapa, Krisdayanti Umum Tukar Nama

Saya mahu guna nama seperti dalam kad pengenalan – Kris Dayanti

Featured Sat, 8 Nov 2025

Dr. Fie Bangkit, Kini Pilih Hidup Tenang – “Allah Maha Mengetahui Apa Yang Terbaik”

Dr. Fie akhirnya tampil meluahkan perasaannya selepas melalui pelbagai ujian dalam kehidupan, termasuk isu rumah tangganya.

Featured Fri, 31 Dec 2021

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang. Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana […]

Featured Wed, 5 Oct 2022
error: Content is protected !!