Eat Travel By: Shaidah Shafie June 23, 2020 @ 5:05pm

Nasi punten sesuai untuk kawal berat badan?

Nasi atau karbohidrat (karbo) sering dianggap sebagai musuh utama bagi individu yang ingin mengawal berat badan kerana karbo juga mengandungi gula dan pengambilan gula akan membuatkan badan menjadi cepat gemuk.

Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi, ramai menolak hidangan nasi dalam usaha menurunkan berat badan dan menggantikannya dengan melebihkan hidangan serat serta protein.

Dalam carta pengambilan makanan sihat seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Suku Suku Separuh, sama nilainya dengan suku (nasi), suku (protein – ikan atau ayam) dan separuh fiber (sayur).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

???? Kick your blues away. Thoughts are things. HAPPY Monday! ????

A post shared by Cilipaddy by Aslinda Amir (@aslinda.amir) on

Sehubungan itu, jika anda kreatif dan mahu terus menikmati keenakan nasi dengan lauk dalam jumlah yang terkawal, cuba menu nasi punten yang mungkin boleh membantu anda mengambil nasi dengan jumlah yang sedikit sahaja.

YouTuber masakan, Aslinda Amir, berkata nasi punten ialah makanan masyarakat Jawa yang biasanya dimakan dengan lauk kering seperti sambal bilis atau sambal udang kering.

“Dalam kalangan orang Jawa, nasi punten adala nasi biasa yang berwarna putih, tetapi saya mengambil inisiatif menggunakan air pandan agar lebih menarik dan wangi.

“Kali pertama saya makan nasi punten berwarna hijau adalah ketika menunaikan haji di Makkah 20 tahun lalu bersama-sama keluarga. Saudara kami yang menetap di Makkah membawa nasi punten berwarna hijau ketika menziarahi kami dan saya terus suka dengan nasi punten hijau,” katanya.

Nasi punten ialah nasi yang dikepal dengan bentuk sedikit bujur dan dimakan dengan lauk-pauk kering seperti sambal, namun jika ingin menambah lauk berkuah, juga tidak menjadi kesalahan.

Aslinda berkata, nasi punten sama seperti nasi putih, tetapi orang dahulu sangat kreatif dengan membentuk nasi menjadi kepalan bujur dan dimakan dengan sambal.

“Boleh makan dengan apa sahaja lauk dan saya melihat nasi punten ialah nasi yang mengenyangkan walau hanya dimakan tiga ketul sahaja.

“Kepalan nasi punten ini apabila dimakan dengan sayur dan lauk boleh dijadikan menu diet kerana nasinya sedikiti sahaja, tetapi kenyang. Kita boleh sahaja letakkan sayur atau salad untuk dimakan bersama-sama nasi punten ini,” katanya.

Nasi punten enak dimakan dengan sambal – gambar hiasan. Foto kredit: Penbiru.com

Berikut disediakan resipi nasi punten dan nasi ini enak dihidang bersama-sama sambal bilis.

Bahan-bahah:
3 pot beras (basuh dan tos)
5 pot air
1 pot air pandan
1 pot santan (jika tidak mahu menggunakan santah, gantikan dengan air)

Cara penyediaan:
1. Tanak nasi seperti biasa dengan masukkan kesemua bahan di dalam periuk nasi.
2. Ketika nasi masih panas, hancurkan nasi menggunakan alu dan kepal nasi berbentuk bujur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Tue, 10 Jan 2023

“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Orang jahil, akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu – Puteri Sarah Liyana 😢

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini